Salam sayang...

Dari sehari ke sehari saya merasakan suatu semangat baru menyelinap ke sanubari... Saya seolah-olah merasakan ada sesuatu yang boleh saya lakukan dalam hidup saya. Mengenali seorang wanita yang telah berjaya di dalam hidupnya, setidak-tidaknya mendorong saya untuk mula memahami bahawa di dalam hidup ini, banyak perkara yang boleh dan sepatutnya saya lakukan..

Semalam saya menerima satu panggilan lewat senja yang antaranya terus memberi kata-kata semangat supaya saya tidak putus asa walaupun banyak lagi yang tidak kelihatan.. Wanita tersebut turut menunjukkan jalan yang boleh saya lalui yang mana turut merupakan jalan yang beliau pernah lalui sebelum ini... Sesungguhnya beliau menyatakan kepada saya bahawa jalan-jalan menuju kejayaan itu sentiasa terbentang luas buat saya asal saja saya tekad berusaha ke arah itu..

Bagaimana mahu berjaya? Beliau turut menekankan kepada perlunya usaha yang berterusan dan DOA YANG TIDAK PUTUS-PUTUS.. Itu saja. Selebihnya saya perlu redha agar kejayaan itu akan berpihak kepada saya... Mudah-mudahan...

Saya kongsikan perasaan ini kerana saya juga mahu sokongan dari mereka yang mengenali saya.. Sama ada sedar atau tidak sebenarnya mereka yang mengenali dan memahami saya itu amat penting di dalam melalui jalan-jalan di hadapan sana. Saya tidak mahu tersilap langkah malah mahu jalan yang saya lalui tidak merugikan hidup saya seterusnya...

Semoga Allah sentiasa merestui perjalanan hidup saya seterusnya......

Salam sayang...... Mama Liza

Comments

Popular posts from this blog

HOMESTAY BEST DI BENTA / KUALA LIPIS

HARI PERTAMA KE TASKA

ESP DAN OMEGA GUARD: MANA LEBIH BAGUS?