Kebaikan OsteMatrix™ Shaklee
Assalamualaikum..
Pertama sekali saya ingin mengucapkan selamat tahun baru kepada
semua kawan2 di luar sana. Semoga kita semua akan melalui tahun 2013 ini dengan penuh kebahagiaan dan di bawah redha Allah selalu hendaknya. Amin...
Hujung tahun 2012 saya tinggalkan dengan beberapa keluakaan
dan kebahagiaan. Memang begitulah lumrah kehidupan. Ada yang pahit dan tidak kurang juga yang manis. Apa yang penting adalah bagaimana kita menghadapinya kan? Biasalah kalau semua manis, tidaklah namanya kehidupan...
Takpa lah. Kita tinggalkan tahun lepas dengan seribu kenangan
yang patut dilupakan dan dibawa sebahagiannya ke 2013 agar dapat dijadikan pengajaran.
Sekarang ni (sejak tahun lepas sebenarnya), semua ahli keluarga
saya tidak sihat. Ada yang demam, ada yang batuk, selsema dan macam2 lagi. Tapi alhamdulillah saya terkecuali. Suami saya tambah2 lagi sehingga hari ni masih batuk. Tapi bukan salah sesiapa sebenarnya. Dia sendiri. Apa tidaknya? Susah sangat nak ke klinik apatah lagi makan ubat doktor. Lebih sanggup menahan sakit daripada pergi berjumpa doktor malah jumpa nurse pun dia tidak mahu. :)
Itu sebab saya selalu menekankan kepada dia untuk mengamalkan
suplemen supaya dapat mencegah dia daripada berjumpa doktor. Yang ini dia mahu pulak. Manakan tidak, dia perlu makan supplemen tu supaya dia tidak sakit dan tak perlu berjumpa doktor.. Sabo je la..
Satu2nya suplemen yang dia nak makan adalah ostematrix. Itupun
selepas saya menjelaskan berpuluh kali mengenai kebaikan ostematrix apabila dia sentiasa merungut mengenai sakit belakang dan keletihan yang melampau. Saya kata: |
Tulang merupakan struktur penting di dalam tubuh manusia. Ia merupakan kerangka yang menyokong berat badan dan organ utama seperti paru-paru, jantung, hati dan ginjal serta membolehkan kita menggerakkan otot-otot dan tubuh secara bebas. Mengekalkan kesihatan tulang secara optima adalah penting bagi mendapatkan kesihatan optima menyeluruh. Lebih daripada Sekadar Kalsium OsteMatrixTM membekalkan nutrien-nutrien harian termasuk kalsium yang dapat membantu dalam pembentukan dan penjagaan tulang dan gigi. Ia juga mengandungi magnesium, vitamin D dan mineral zink, tembaga dan manganese untuk membantu dalam memelihara kesihatan yang baik. Kaplet yang bersaiz kecil dan disalut licin ini juga mudah ditelan. (Tiada perasa tiruan, pemanis, pewarna atau bahan pengawet tambahan).
Tambahan daripada ayat2 berupa fakta itu, saya perlu menasihatkan
dia tentang kebaikan ostematrix tak henti2. Nak bermanja la tu.. Hehehehe..
Lepas ni saya akan syorkan dia tentang suplemen yg lain pulak. Harap2
dia mahu mengikut kata2 saya demi kebaikan dia juga.. Andaikata anda juga termasuk di dalam golongan mereka yang sukar berjumpa doktor, apakata mula mengamalkan suplemen supaya dapat mencegah kehadiran penyakit. Mungkin ini adalah jalan yang terbaik buat anda. Mana tahu kan?
Boleh hubungi saya untuk mengetahui suplemen yang sesuai dengan anda.
Salam sayang... Mama Liza
* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,
menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit. |
Comments