SEKADAR CORETAN PETANG...

Assalamualaikum... 

Ada waktu-waktunya saya menjadi orang yang amat perasa. Walaupun sebenarnya saya memang semulajadi begitu namun ada ketika ia menjadi amat ketara...

Sejak kebelakangan ini banyak benar perkara yang berlaku. Ujian demi ujian sememangnya menguji kekuatan diri. Kisah-kisah sedih dan melukakan menjadi rempah ratus kehidupan. Pelbagai perkara menguji kekuatan hati dan seterusnya memerlukan ketabahan yang bukan sedikit..

Namun sedikit sebanyak saya rasa terhibur kerana ramai orang yang sebenarnya menyayangi saya walaupun saya sebenarnya tidak menyangka ia begitu.. Sokongan demi sokongan menjadikan saya semakin kuat mengharungi semuanya. Teringat nasihat seorang rakan tadi, katanya, Allah memberi ujian kerana Dia tahu kita mampu menghadapi ujian itu. Dia sebenarnya menjanjikan perkara yang lebih baik dan lebih besar daripada itu. Saya akui kebenarannya....

Namun saya adakalanya menjadi tidak kuat dan menjadi sangat mudah tersinggung hanya dengan perkara yang kecil.. Seperti sekarang... Terluka hati hanya dengan perkara yang tidak sepatutnya...

Entahlah... 

Sekadar mencoret kerana tidak tahu bagaimana untuk meluahkan kepada sesiapa...

Liza

Comments

Popular posts from this blog

HOMESTAY BEST DI BENTA / KUALA LIPIS

HARI PERTAMA KE TASKA

ESP DAN OMEGA GUARD: MANA LEBIH BAGUS?