MOGA KEKUATAN ITU TETAP BERSAMAKU

Assalamualaikum...

Nampaknya dah lama saya tidak menulis di blog kesayangan saya ini. Minggu ni betul2 sibuk dengan proposal dan assignment hingga tak sempat pun untuk saya menjenguk di sini. Maklumlah semester pertama hanya akan tinggal seminggu saja lagi. Saya sendiri akan menghabiskan kelas pada minggu depan.. Dalam hati terasa sebak dan sedikit sayu kerana berjaya juga melalui sesi pembelajaran dengan baik. Saya sendiri tidak menyangka masih mampu begini. Namun selepas berjumpa dengan dia semalam, entah kenapa timbul rasa sedih kerana selepas ini akan mula menjalani kehidupan yang berbeza pula. Turut sedih kerana tidak akan mengulangi suasana belajar di dalam kelas. Suatu perasaan yang bercampur baur juga dan amat sukar untuk saya tafsirkan. Semalam saya berharap agar semua perasaan akan hilang apabila saya bagun pada pagi ini. Tapi rupanya ia tetap ada... Ada apa sebenarnya dihatiku....

Hmmmmm.... Selepas ini saya akan mula menjalankan tesis sendirian. Gerun memikirkannya. Tapi hal ini telah saya fikirkan sejak sebelum saya membuat keputusan lagi. Selama 1 semester ini saya banyak berjumpa dengan supervisor tapi selepas ini saya akan balik ke KL dan mungkin sudah sukar untuk berjumpa dengannya. Kalau adapun sekiranya dia ada di KL.Cuma kerapnya dapat berhubung melalui email dan telefon sahaja. Begitulah caranya seperti yang dijangka sejak awal.

Ramai bertanya mengapa saya menyambung pelajaran di UUM dan master in thesis pula. Soalan itupun sering ditanya sejak awal lagi. Maklum saja untuk orang yang telah lama meninggalkan dunia universiti, tentunya ia suatu yang amat berat untuk dilaksanakan. Sementelah pula di agensi saya bekerja sekarang tidak ada seorangpun yang berjaya menamatkan master in thesis pada masa yang ditetapkan malah ada yang terlebih masa. 

Jawapan telah saya berikan tetapi orang tetap bertanya seolah2 jawapan saya itu tidak benar dan ada jawapan lain yang saya ada. Ya memang ada jawapan yang lain tetapi jawapan itu saya simpan untuk pengetahuan diri saya dan supervisor saya sahaja..

Semalam untuk kesekian kalinya saya luahkan segala kegusaran pada supervisor saya yang juga merupakan teman baik saya. Ternyata amat sukar menghadapi tohmahan orang.. Namun saya terima semuanya dengan hati terbuka walaupun terluka...

Apapun, saya akan melalui semua ini dengan sabar dan tabah. Tidak ada apa yang saya harapkan selain daripada berdoa agar Allah memberi kekuatan kepada saya untuk meneruskan perjuangan dan membuka hati teman saya agar sentiasa terbuka untuk membantu saya.. 

Sekadar luahan di pagi ahad... 

Salam sayang.. Liza

Comments

Popular posts from this blog

HOMESTAY BEST DI BENTA / KUALA LIPIS

HARI PERTAMA KE TASKA

ESP DAN OMEGA GUARD: MANA LEBIH BAGUS?