TIPS SEMASA MENGEPAM - UNTUK HASIL YANG LUMAYAN


Assalamualaikum...

Dalam banyak2 hal dalam penulisan sekarang ini, saya lebih suka dengan topik mengenai menyusukan anak kerana itu adalah suatu kegembiraan dan kepuasan yang sangat sukar untuk digambarkan dengan kata2. Pada yang pernah mengalaminya tentu faham sangat2 dengan apa yang saya rasakan kan? So kali ini biarlah saya kongsikan mengenai kaedah mengepam yang baik agar mendapat hasil yang lumayan. Sebenarnya mengepam ni sangat rapat kaitannya dengan penyusuan kan...

Pilih pam yang betul - pemilihan pam yang betul sangat penting. Sekiranya pam tersebut menyakitkan, kemungkinan susu lebih sukar untuk keluar. Pam terbaik selepas bayi adalah tangan anda sendiri. Tapi ia bergantung kepada keselesaan anda sendiri. Saya sendiri guna mesin sebab tak pandai nak guna tangan.. 

Tenangkan diri - perkara pertama sebelum yang lain adalah perlunya menenangkan diri. Kalau stress, susu pun malu-malu je nak keluar. Jadi, tenangkan diri ya.

Sebelum pam, urut payudara untuk memudahkan susu keluar. Urut perlahan-lahan dari bahu ke bahagian puting.

Tuam payudara dengan tuala suam sebelum mengepam. Ini akan menyebabkan salur darah mengembang dan memudahkan pengaliran susu keluar.

Semasa mengepam, lihat gambar atau video anak. Dengan melihat atau mendengar suara anak, hormon dalam badan akan berfungsi mengeluarkan susu dengan lebih cepat dan banyak. Kalau tak bawa gambar/video, pejam mata dan bayangkan keletah bayi, senyum dia, suara dia.

Berzikir - amalkan berzikir semasa mengepam. Sambil menenangkan diri, boleh tambah iman dan dapat pahala. 3-in-1 gitu. Bagi yang bukan Islam, boleh juga mengingati Pencipta. Bila kita ingat Pencipta automatik hati menjadi tenang. Sebab kita tahu setiap apa yang terjadi dengan kuasa Pencipta.

Jangan lihat hasil susu - semasa mengepam, cuba elakkan melihat hasil susu kita ye. Buat benda lain, contoh no 5 & 6 di atas tu. Bila dah nak cukup 20 minit baru tengok. Tentu rasa terkejut tengok hasilnya kan. Bila kita asyik tengok, susu pun malu-malu la nak keluar.

Beberapa cara menyusukan anak

Badan kita berfungsi dengan isyarat dari otak, manakala otak bergerak hasil naluri/keinginan dari hati. Jadi, bersihkan hati, insyaAllah hasil pun lebih baik.

Jadi kepada sesiapa yang masih keliru dengan cara penyusuan sendiri, boleh cuba amalkan tips seperti di atas ya? InsyaAllah... Cuba dulu baru tau kan..

Salam sayang.. Mama Liza
0164219053

Comments

Popular posts from this blog

HOMESTAY BEST DI BENTA / KUALA LIPIS

HARI PERTAMA KE TASKA

ESP DAN OMEGA GUARD: MANA LEBIH BAGUS?