REZEKI DARI ALLAH

Assalamualaikum....

Hmmmmm... bagaimana harus saya mulakan kisah pada hari ini ya.... 

Pertama sekali saya ingin memanjatkan syukur pada Allah di atas segala nikmat dan kurniaNya.. kerana telah memberikan kesihatan yang baik kepada saya dan tetap dapat menikmati hidup di dunia ini dengan sempurna. Saya juga bersyukur kerana telah memberikan saya keluarga yang bahagia dan pastinya dengan anak2 yang baik dan suami yang amat bertimbangrasa...

Kiranya pembaca blog saya ini adalah insan2 pertama yang mengetahui kisah saya pada hari ini. Sayapun tak tau bagaimana ingin memulakannya tapi sebenarnya saya ingin berkongsi kegembiraan dengan anda semua...

Teringat semasa saya bersalinkan eman, saya pernah berniat untuk 'ikat' bila saya bersalin secara ceaser. Tapi pada masa itu doktor terlupa untuk memberi konsultasi kepada saya tentang prosedur itu. Dia hanya memberitahu saya apabila segalanya telah selesai sehinggakan ketua doktor tersebut memarahinya kerana dia tidak memberi nasihat kepada saya sebaiknya. Saya pula ketika itu hanya menjawab mungkin taknak bersalin lagi. Sebenarnya tika itu saya tak kisahpun tentang bersalin kerana bersalin ceaser tak sakit pun. Cuma muntah2 apabila dah selesai prosedur..

Hari ini, 2 tahun telah berlalu... (hari ini hari jadi eman... selamat hari jadi sayang...). 2 hari lepas saya membuat ujian pregnancy apabila tak dtg period pada tarikh yg sepatutnya. Ternyata hasilnya masih kabur . Mungkin saya sekadar kelewatan didatangan cik p tu. Tapi memang kesukaan saya untuk membuat ujian.. Semalam saya uji lagi tapi pada waktu petang. Hasilnya juga adalah 1 garisan jelas dan 1 lagi kabur. Tapi hati saya tetap merasa exited. Hehehehe.. 

Pagi ini, saya uji lagi. Ini adalah masuk yang keempat kali sejak 4hb. Baru 3 hari tp dah 4 kali.. Saya suka.... Bukan semua orang diberikan nikmat kesukaan seperti ini kan? Akhirnya pagi ini keputusannya memang menggembirakan saya. 2 garis kelihatan pada kit ujian tu walaupun yang satu lagi garisan kelihatan agak kabur sedikit. Tapi pengalaman 3 anak sebelum ini kuat menyatakan bahawa saya memang pregnant!!! Alhamdulillah.... 

Saya sujud syukur pada Allah. Sebenarnya saya tidak pernah menyangka untuk pregnant lagi pada usia sekarang. Tapi saya juga tidak merancang apa2 dan hanya menyerahkan pada Allah. Tapi saya yakin Allah lebih mengetahui apa yang terbaik untuk saya. Dia tak akan menguji pada sesuatu yang saya tidak mampu.. Saya sangat yakin tentang itu.

Alhamdulillah... Saya sekeluarga sangat gembira dengan berita ini. Mulai hari ini, saya akan menjaga kesihatan dengan lebih baik. Orang kata mengandung pada usia saya sekarang berisiko tapi semua orang mengandung berisiko kan? Saya hanya berusaha dan selebihnya saya hanya berserah pada Allah.. Dia saja yang tahu segala2nya. Apa yang penting, ini adalah kurniaanNya yang sangat bernilai dan rezeki buat kami sekeluarga.

Hmmm... Saya akan mula makan vitamin untuk trimester pertama demi kesihatan saya dan insan di dalam kandungan ini... Mudah2an semuanya baik2 saja..

Setakat ini dulu kisah pada kali ini. Agak peribadi kan tapi saya suka berkongsi kegembiraan ini dengan anda semua...

Salam sayang.. Mama Liza
0164219053

Comments

Popular posts from this blog

HOMESTAY BEST DI BENTA / KUALA LIPIS

HARI PERTAMA KE TASKA

ESP DAN OMEGA GUARD: MANA LEBIH BAGUS?