CABARAN UNTUK DIRI SENDIRI

Assalamualaikum...

Hari ini saya akan ke utara. Ada kelas pagi esok dan seterusnya tengahari lusa. Kali pertama nak pegi kelas untuk pengajian saya kali ini. Entah bagaimana agaknya.. Buat masa ini perasaan agak berbeza. Mungkin kerana sebenarnya saya masih belum dapat membiasakan diri dengan alam baru saya ini. Maklumlah sejak 11 tahun yang lalu saya berada di dalam dunia pekerjaan tiba-tiba pula saya hanya duduk di rumah dan membaca.. Nampak pelik sebenarnya..

Tapi semua orang perlu melalui perubahan demi kisah hidup yang lebih baik kan? Sebenarnya saya rasa selain dari mahukan kepuasan, saya sebenarnya mahu mencabar diri sendiri apabila membuat keputusan untuk menyambung pelajaran.. Mahu mencabar kemampuan.. 

Saya akan berusaha bersungguh-sungguh demi cabaran itu. Cabaran yang saya cipta sendiri sebenarnya... :))

Hari ini saya akan memulakan cabaran itu dengan memandu bersenbdirian ke kedah sana. Semoga perjalanan saya selamat... InsyaAllah...

Salam sayang.. Mama Liza
0164219053

Comments

Popular posts from this blog

HOMESTAY BEST DI BENTA / KUALA LIPIS

HARI PERTAMA KE TASKA

ESP DAN OMEGA GUARD: MANA LEBIH BAGUS?