KISAH HARI INI
Assalamualaikum..
Apa khabar rakan-rakan semua? Diharap semuanya baik-baik saja. Saya di sini nampaknya agak tidak cergas di pagi-pagi begini. Adik Eman demam pulak sejak semalam..
Sepatutnya hari ini saya akan bertolak ke utara. Ada kelas esok. Kepada yang masih belum tahu, saya sebenarnya sedang cuti belajar. Maknanya tidak lagi ke pejabat tetapi hanya menjalankan penyelidikan. Semester satu ini akan ke kampus setiap seminggu sekali untuk menghadiri kursus wajib bagi Master in Social Work.. Begitulah rutinnya...
Tapi nampaknya saya takkan pergi ke kelas esok. Selain dari tak larat untuk memandu jauh dalam keadaan mengantuk ni, tak sampai hati juga untuk meninggalkan adik eman yang memang memerap setiap kali demam. Manjanya akan berpuluh kali ganda jadinya.. Kesian melihat dia begitu..
Saya selalu berfikir bahawa apa yang saya buat sekarang semata-mata mencari keredhaan Allah dan seterusnya mahu memberi yang terbaik untuk keluarga saya. Kalau boleh saya mahu menggembirakan mereka sedaya upaya saya. Apalah ertinya kejayaan saya kalau suami dan anak-anak terpinggir..
Saya pernah melalui keadaan itu. Saya bekerja tanpa mengira masa sehinggakan tiada masa yang terluang untuk keluarga saya. Malah masa mereka turut saya ambil. Akibatnya saya sering marah-marah dan tidak mesra dengan keluarga. Bila diingat-ingat semula, alangkah ruginya saya...
Kini tidak lagi. Dunia saya bukan setakat pekerjaan saya tetapi juga keluarga saya. Tanpa sokongan mereka saya sukar untuk berjaya...
Kerana itulah saya fikir saya perlu berada bersama mereka tatkala mereka memerlukan saya. Untuk kelas saya, saya akan berusaha double pada minggu depan. Boleh saja kan? :)
Sehingga bertemu lagi di lain entry...
Salam sayang.. Mama Liza
0164219053
Comments