SELAMAT TAHUN BARU 2012
Assalamualaikum...
Terasa cepat benar masa berlalu. Hari ini sudah masuk hari keempat kita di tahun baru 2012. Bermakna umur juga sudah meningkat satu tahun lagi..
Biasanya pada tahun baru ini amat sinonim dengan azam baru.. Kalau mahu berazam baru, azam lama sudah tercapai ke? Hehehe
Seperti tahun2 sebelumnya saya sentiasa berazam untuk menjadi lebih baik dari sebelumnya. Mungkin orang kata terlalu umum tapi itulah yang saya mahu buat. Apa juga yang saya lakukan, saya akan buat dengan lebih baik berbanding sebelumnya..
Apa yang penting, pada tahun ini saya mahu semuanya berjalan dengan sempurna. Saya mahu menjadi ibu yang lebih baik, siteri yang lebih baik dan plus tahun ini menjadi pelajar yang lebih baik... Hmmmmm.... Saya akan menyambung pelajaran...
Apa2pun, saya ucapkan selamat menyambut tahun baru.. Semoga tahun ini kehidupan kita akan menjadi lebih baik dan menyenangkan hati orang lain.... Jangan lupa cari keredhaan Allah juga.. Itulah yang lebh penting sebenarnya.. Kalau kita baik dengan Allah, pasti ganjarannya berlebih2an pula.....
Salam sayang... Mama Liza...
Comments