BUKAN MUDAH JIKA TANPA KESUNGGUHAN
Assalamualaikum...
Waktu-waktu begini biasanya saya sedang jalan2 sambil mencuci mata sama ada di Sogo atau Maju Junction.. Hari Jumaat memang selalu dinanti2kan oleh kami yang bekerja di bangunan sekitar Sogo.. Tapi hari ini, Jumaat pertama yang saya lalui di bangunan baru di Putrajaya. Sunyi saja nampaknya. Nak berjalan2 tak terasa nak pula. Maklumlah jauh... Rakan di sebelah ni sudah hanyut dibuai mimpi. Tidur tengahari memang syok kan? Hehehehehe
Tiba-tiba saya teringat anak-anak di rumah baby sitter terutamanya adik Eman.. Rindu pada dia. Kalau saya ada di rumah, tentunya dia sedang berguling2 di tepi saya sambil memegang nenen.. Sekejap2 di akan menyusu.. Alangkah indahnya keadaan itu.
Saya tidak menyangka sebenarnya dapat menyusukan dia selama ini... Sedar tak sedar, sudah lebih setahun 3 bulan umurnya. Dan selama tempoh itu juga dia mengempeng dengan saya. Sebelum menyusukan dia, saya terbayangkan hanya mampu memberikan susuibu setakat setahun saja. Itupun dah cukup lama memandangkan keadaan kerja saya yang tidak mengira masa.
Tidak seperti kakak dan abangnya, saya hanya mampu menyusukan tak sampai setahun. Mana tidaknya... Dengan pengetahuan yang tidak sempurna dan kerja yang tidak menentu, saya give up... Tapi rupanya rezeki adik eman panjang.. Alhamdulillah...
Sebenarnya semua ini adalah rezeki dari Allah.. Di susuli dengan semangat dan kesungguhan dan disertai dengan izin suami, saya rasa semua orang mampu melakukannya. Teringat seorang customer saya beberapa bulan lepas yang menelefon saya bertanyakan tentang makanan tambahan untuk menambah susu badan. Puas saya menjelaskan bahawa tidak ada sebarang makanan yang boleh menambah susu badan kerana ia datang dari hormon badan. Apa yang saya sarankan hanya untuk menyokong sistem tubuh untuk terus sihat bagi meransang pengeluaran susu badan. Tetapi dia terus mahu mencuba walaupun mindanya tetap mahukan supplement untuk tambah susu..
Akhirnya saya berikan juga set b tetapi dengan nasihat supaya mengubah mind setnya. Namun seperti yang saya jangka, beliau gagal walaupun makan supplement kerana bila saya tanya, beliau hanya makan supplement tapi malas mengepam di tempat kerja. Pelbagai alasan diberikan. Saya tak mampu berbuat apa2 kerana breast tidak mengalami stimulasi sewajarnya.... Hmmmm.... Akhirnya dia kata, akan cari ubat untuk tambah susu... Carilah kut2 jumpa...
Apapun, saya sentiasa berpesan kepada mreka di luar sana supaya tidak hanya berharap semata2 kepada supplement. Jaga pemakanan, kuatkan semangat untuk mengepam walau dalam kesibukan. Mula2 memang susah tetapi kalau saya mampu melakukannya, kenapa anda tidak kan?
Semoga Allah sentiasa merestui perjalanan penyusuan saya seterusnya.... Sekiranya anda mahukan tips menyusukan anak, jangan malu2 menghubungi saya di 016-4219053 atau lizahzza74@yahoo.com
Salam sayang, Mama Liza..

Comments