GEMBIRA ANDA GEMBIRA SAYA JUGA

Salam....

Sudah lama saya tidak menulis.. Sejak bekerja lepas raya ni, agak sibuk dengan kerja-kerja di ofis. Tambahan pula dengan perancangan untuk mengadakan sedikit jamuan pada hari Sabtu ini, rasanya banyak perkara yang perlu diselesaikan.. Namun saya sempat-sempatkan juga dalam kesibukan ini. Kerana seorang kawan menyatakan, kalau terlalu banyak alasan, apa yang kita rancangkan itu amat sukar untuk dilaksanakan...

Sejak 2 minggu yang lepas saya banyak menerima maklumbalas daripada kawan-kawan yang telah mencuba vitamin dari saya.. Gembira rasanya apabila maklumbalas tersebut berbentuk positif. Pastinya kalau saya hanya mengambil testimoni daripada blog 'guru' saya, agak kurang memberi kesan kepada saya sendiri.. Kerana saya seboleh-bolehnya mahu menulis daripada pengalaman sendiri kerana pengalaman itu adalah sebaik-baik pelajaran...

Tersenyum saya bila pagi ini ada seorang kawan yang berbisik pada saya. Katanya masalah keputihan yang dialaminya sejak sekian lama telah hilang setelah dia mengamalkan vitamin berwarna hijau itu.. Alfalfa la tu... Saya hanya tersenyum dan turut gembira dengan kesan vitamin tersebut... (Dengan izin Allah jua...) Sebelum ini pun ada kawan-kawan yang telah menyatakan perkara yang sama... Selama ini saya pun tidak tahu yang alfalfa boleh menghilangkan keputihan... Tentunya ia merupakan suatu bonus kegembiraan pada saya kerana saya menjual produk yang berkesan kepada penggunanya...  Alhamdulillah.....

Saya senaraikan di bawah ini khasiat alfalfa selain daripada fungsinya sebagai booster untuk susu ibu:


  1. Dikatakan tumbuhan terbaik yang mengandungi segala zat keperluan harian tubuh manusia.
  2. Melegakan sakit sendi dan belakang.
  3. Menghilangkan kelesuan dan tekanan.
  4. Memberi sensasi ‘rasa sejuk’ (alfalfa Shaklee mengandungi minyak Peppermint)
  5. Memberi kelegaan semasa haid.
  6. Merawat arthitis
  7. Bagus untuk elergi dan ekzema
  8. Merawat asma
  9. Mencuci usus bagi membuang toksik
  10. mencuci buah pinggang dan merawat kencing kotor disebabkan jangkita dalam buah pinggang
  11. Meneutralkan asid dalam badan
  12. Merawat masalah keputihan pada wanita
  13. Membesar dan menegangkan payudara
  14. Bertindak seperti kacip fatimah kepada para isteri
  15. Memulihkan urat selepas bersalin
  16. Membantu masalah penghadaman dan pencernaan
  17. Meningkatkan stamina seorang suami
  18. Melegakan sembelit (tapi kalau kurang minum air boleh jadi sembelit tau!)
  19. Dan banyak lagi untuk disenaraikan…
 Jadi, walaupun saya telah mengalami sendiri kesan alfalfa sebagai milk booster, tetapi pengalaman dan pengakuan kawan-kawan mengenai khasiatnya, tentunya suatu pengakuan yang sangat bererti buat saya... Bukan kerana menjual itu suatu kepentingan yang teratas buat saya tapi dapat membantu kawan-kawan adalah lebih bermakna... Ia merupakan suatu kepuasan yang tidak terucap oleh kata-kata.... Alhamdulillah....


Kepada kawan-kawan, sama-samalah kita menjaga kesihatan kita kerana itulah harta yang paling bermakna di dalam hidup ini. Ia akan membantu kita mengabdikan diri kepada Allah S.W.T...... 


Kepada sesiapa di luar sana yang mahu mencuba, silalah hubungi saya di lizahzza74@yahoo.com atau 012-4961093....


Salam sayang... Liza

Comments

Popular posts from this blog

HOMESTAY BEST DI BENTA / KUALA LIPIS

HARI PERTAMA KE TASKA

ESP DAN OMEGA GUARD: MANA LEBIH BAGUS?