JADUAL PEMAKANAN VITAMIN: MASIH MENGIKUT KESESUAIAN BADAN ANDA...
Bilakah
waktu pengambilan vitamin yang sesuai?
Biasanya soalan ini bermain di kepala
setiap pengamal pemakanan tambahan, terutama bagi yang baru
mengamalkannya. Biasanya saya mencadangkan agar pengambilan vitamin
pada sebelah malam (Selepas makan malam) bagi memudahkan. Maklum, tidak
semua orang sentiasa ingat untuk menelan vitamin pada masa2 yang
berbeza. Rule of thumb ialah, badan lebih mudah menyerap nutrient pada
waktu malam (waktu tidur).
Walau
bagaimanapun, terdapat general rule dalam pengambilan vitamin, sebagai
panduan buat semua:
VITAMIN
LARUT AIR (B dan C) : Seeloknya diambil bersama segelas air
dan elakkan pengambilan bersama makanan berlemak/berminyak.
VITAMIN LARUT LEMAK (A,D,E,K)
: Vitamin larut lemak memerlukan lemak untuk memudahkan penyerapan.
Sebaiknya diambil selepas anda mengambil makanan berlemak/berminyak.
Ostematrix (Kalsium) :
Seeloknya diambil bersama minuman bersusu, atau diambil sebelum tidur.
Sebagaimana susu dikatakan sebagai minuman untuk membantu kita tidur,
kalsium dikatakan ada fungsi yang sama.
Lecithin : Diambil
bersama2 vitamin larut lemak lain.
APA YANG TIDAK DIGALAKKAN
Mengambil alfalfa bersama-sama vitamin
E kerana ia boleh mengganggu penyerapan alfalfa.
Mengambil supplement zat besi (Iron)
bersama-sama Ostematrix kerana zat besi boleh mengganggu penyerapan
kalsium. Walau bagaimanapun kini zat besi sudah dilengkapi bersama2
VitaLea. Oleh itu jika boleh, ambil kedua2nya pada masa berlainan untuk
mengelakkan gangguan penyerapan di antara kedua-duanya.
Pengambilan vitamin disarankan pada waktu
selepas makan bagi membantu penyerapan. Ambillah vitamin &
mineral dalam kadar yang telah dicadangkan, kerana pengambilan
vitamin/mineral yang berlebihan, terutama vitamin larut lemak boleh
membahayakan kesihatan kerana ia disimpan di dalam badan dan boleh
menjadi toksik.
Elakkan pengambilan
multvitamin yang mengandungi zat besi diambil bersama minuman tenusu
seperti susu kerana ia akan mengurangkan eficiency penyerapan zat besi
oleh tubuh kita.
Sekiranya anda merasakan praktik anda
mengambil vitamin sekarang tidak mendatangkan kesan yang memuaskan,
anda boleh cuba mengambilnya mengikut cadangan di atas. Walau
bagaimanapun, ia bukanlah muktamad dan masih bergantung kepada tubuh
badan kita.
Bagi kemudahan panduan terutama yang baru mendapatkan vitamin pesanan anda, kalian boleh mencuba saranan ini :
Selepas sarapan pagi : Vitalea dan B complex
In between sarapan dan makan tengari : segelas minuman bancuhan bersama ESP
Selepas makan tengahari : Vitamin C dan Alfalfa
In between makan tengahari dan makan malam : segelas minuman bancuhan bersama ESP
Selepas makan malam : kalsium , vitamin E dan Omega (jika ada)
Bagi yang mengambil lecitihin dan alfalfa pakej penuh :
Lecithin dan Alfalfa boleh diambil 2 biji sebelum (bagi Lecithin dan mereka yang berdiet) ataupun selepas makan untuk setiap meal utama iaitu selepas makan pagi, tengahari dan makan malam.
Sila hubungi saya untuk konsultasi sepenuhnya di 016-4219053
Salam sayang... mama Liza
Comments