Posts

Showing posts from August, 2011

BERKONGSI KEGEMBIRAAN

Salam....  Sedar tak sedar Syawal semakin hampir menampakkan wajahnya.. Ini bermakna Ramadhan semakin hampir kepada penghujungnya.. Terasa begitu cepat masa berlalu.Dari sehari ke sehari, ditambah lagi dengan kesibukan kerja, masa sebulan umpama berlalu dengan amat pantas... Alhamdulillah dengan saya dapat melaksanakan ibadah puasa dengan baik walaupun kadangkala penat dengan kerenah kesesakan lalu lintas setiap hari.. Saya mahu berbicara tentang pengalaman hari ini. Pengalaman saya dan kawan-kawan.. Tentunya tentang pengalaman sepanjang mengamalkan penggunaan vitamin.. Oh ya.. Saya merupakan pengedar dan sekaligus pengguna kepada vitamin ini sejak beberapa bulan yang lalu. Keseronokan merasai hasilnya menyebabkan saya amat ghairah apabila mahu membicarakan tentang pengalaman bersama vitamin. Jadi itulah yang mahu saya kongsikan....   Minggu ini merupakan minggu yang amat menyeronokkan saya.. Bukan kerana saya dapat menjual produk dengan banyak tetapi pengalaman rakan-rakan yang

SHAKLEE BREASTFEEDING SET

Image
  MEREKA BERPUAS HATI... ALHAMDULILLAH... Boleh email kepada saya di lizahzza74@yahoo.com atau sms kan kepada saya 012-4961093 untuk konsultasi percuma. Salam sayang ... Mama Liza...

PERBEZAAN VITAMIN SHAKLEE DENGAN MILK BOOSTER YANG LAIN....

Image
Bercakap tentang milk booster, makanan tambah susu dan sebagainya, memang ada banyak pendapat dan cara masing-masing. Ini kerana memang ada banyak jenis milk booster yang sudah menjadi amalan turun-temurun, dalam pelbagai masyarakat. Walau bagaimana pun, ada ibu yang mengadu dah cuba macam-macam tapi tak berhasil (termasuk usaha mengepam). Oleh itu kita tengok email di bawah ni: Ubat-ubat yang dibekalkan doktor seperti Motilium, Maxolon dan sebagainya adalah uhat tahan muntah, dan side effectnya, ibu akan menghasilkan susu badan. Namun yang tak bestnya, banyak pula side effectnya, termasuklah stress, depress dan sebagainya. Lalu ibu di atas telah mencuba Shaklee, dan akhrnya beliau telah menghantar email seperti di bawah: Nampak perbezaannya, setelah mengambil set breastfeeding Shaklee dengan milk booster lain sebelumnya? Yang seronoknya set Shaklee telah menyelesaikan masalah-masalah beliau yang lain. Masa ambil ubat dulu, masalah lain yang datang, k

MAHUKAN KULIT YANG BEBAS DARI JERAWAT?

Soalan:  Saya mengamalkan pengambilan vitamin C setiap hari sebagai anti oksida selain dikatakan baik untuk kesihatan dan juga kulit. Bagaimana pula dengan vitamin lain seperti E, beta-karoten, mineral zink yang seringkali digabungkan bersama?   Jawapan Tidak dapat dinafikan Vitamin C mungkin merupakan vitamin paling dikenali dan sememangnya layak untuk dihargai kerana fungsinya yang pelbagai kepada kesejahteraan tubuh, termasuklah pemulihan dan pertumbuhan tisu-tisu, mengekalkan kesihatan gusi, menyokong sistem imun dan membantu penyerapan zink. Ramai yang mengamalkan pengambilan vitamin C setiap hari dalam usaha merendahkan risiko mendapat serangan jangkitan ringan. Hasil penyelidikan juga mendapati ia berpotensi mengurangkan tempoh demam selesema dengan menguatkan sistem imun. Bagi kebanyakan wanita pula, pengambilan vitamin C sebagai amalan harian begitu popular untuk kecantikan kerana ia merangsang kesihatan dan kecantikan kulit melalui penghasilan

KENAPA PERLU TAHU KEBAIKAN?

Image
Sangat baik jika kita tahu apa kebaikan produk yang kita makan. Bagi yang baru mengenali Euphoria Breastfeeding Set : jom ketahui apa fungsi setiap vitamin ini. Vitalea@ Multivitamin dengan formula zat besi : Sangat perlu demi memastikan tubuh menerima semua zat dan vitamin yang penting dan perlu dalam menjami kesejahteraan secara am. B complex : Lengkap dengan 8 kumpulan B yang diperlukan oleh tubuh badan demi membantu tubuh badan bertenaga, otak lebih fokus, emosi lebih stabil. Vitamin C : Sebagai antioksidan, membantu meningkatkan sistem imunisasi badan. Alfalfa : Raja segala tumbuhan, membantu meningkatkan imunisasi, mengandungi kalsium dan bagi ibu-ibu yang menyusu ia sangat membantu MEMPERCEPATKAN PENGHASILAN SUSUIBU . ** Keempat-empat suplemen di atas terdapat dalam set penyusuan asas yang kami cadangkan. Namun, untuk hasil lebih optimum, anda boleh memilih untuk menambah Ostematrix dan/atau ESP (Energizing Soy Protein) Pengambilan protien dan kals

...SUPAYA SUAMI MEMAHAMI ISTERI YANG MENYUSUI ANAKNYA....

Apa jua yang kita lakukan untuk menjayakan sesuatu memang memerlukan banyak pengorbanan dan kesabaran. Mengambil iktibar dari sirah Rasullah s.a.w bagaimana dan betapa sabarnya Rasullah s.a.w menyebarkan agama Islam selama hayatnya. Saya memang suka part yang berkaitan dengan penyusuan susuibu kerana satu kepuasan bagi saya menjayakan sepenuhnya susuibu buat anak-anak saya. Syukur alhamdulillah makin ramai ibu-ibu yang menyedari kebaikan susuibu. Bagi yang belum terbuka hati untuk melahirkan anak seterusnya menyusukan anak dengan susuibu, hanya DOA yangsaya  mampu kirimkan setiap hari semoga ALLAH memberikan taufik dan hidayah kepada golongan ini seperti mana yang telah ALLAH berikan kepada semua wanita yang bergelar isteri dan ibu kepada si manja yang disusukan dengan susuibu. Memang tidak dinafikan setiap orang punyai cabaran menyusu yang berlainan dan percayalah ALLAH berikan mengikut kemampuan kita sebenarnya. Antara cabaran dalam menjayakan penyusuan adalah sokon

1 sesi dapat 8-10oz ....

Kunci kejayaan adalah usaha tanpa mengenal erti jemu. Usaha yang disertakan dengan doa dan tawakal pastinya mendapat lebih keberkatan. Pencipta takkan menghampakan bagi mereka yang benar2 berusaha ke arah kebaikan. "As Salam.. Kak Arnie.. sy happy sgt... skrg ni 1 session dah dapat 8-10oz easily je.. kalau pagi2 lagi best.. 1 breast je dah 8oz... pastu skrg ni susu suka meleleh.. sampai basah2 baju... cuma saya ni tak sistematik... pam xde timetable.. skrg ni sy xkeje lagi.. hubby suruh tunggu baby besar sikit.. jadi bole pam bila baby tido je.. xpe kan mcm tu atau susu akan kurang? pastu mmg nampak susu tu mcm pekat sikit bila compare dgn stok sebelum ni... plannye kan next month nak ambil yg ESP dan ostematrik.. tp dgn apa yg sy consume skrg ni pun alhamdulillah dah hasilnya.." Terima kasih kerana sudi berkongsi yer Juliyana! Namun, bila dah mula bekerja nanti, perlu kosongkan payudara secara sistematik, ya? Sekurang-kurangnya 3 jam sekali, yak

BULAN PUASA SUSU MENCURAH-CURAH...

Image
Sekadar perkongsian ringkas dan mudah2an memberi manfaat kepada semua ibu yang berpuasa. Perasan tak apa yang beliau lakukan untuk membanyakkan susunya? " Saya telah tambahkan sesi mengepam" Apa yang beliau perolehi hasil kesungguhan beliau? " Di bulan puasa ini saya amalkan ESP + PD + set B. Ya ALLAH! mencurah-curah susu. Menangis saya kerana kesabaran saya membuahkan hasil akhirnya. Alhamdulillah..." Nak berjaya dalam penyusuan tidak semudah ABC...perlu kesungguhan, kesabaran dan sifat istiqamah. Maka ibu-ibu yang sedang berusaha , amiklah iktibar dan semangat puan ini. Mudah-mudahan usaha diberkati dan hasil diperolehi seperti yang dihajati. Amin. Boleh email kepada saya di lizahzza74@yahoo.com atau sms kan kepada saya 012-4961093 untuk konsultasi percuma. Salam sayang  ... Mama Liza...

SELEPAS BERBUKA PUASA....

Salam... Hari ini saya sampai di rumah agak awal sedikit. Ada mesyuarat di kementerian dan habis pun awal. Terima kasih kepada TKSU yang amat memahami walaupun beliau bukan beragama Islam. Di bulan Ramadhan ini, masa amat bermakna sekali. Tidak seperti beberapa hari yang lalu, jam 6 baru lah mesyuarat tamat... Apa lagi... Hampir maghrib baru sampai di rumah... Di bulan Ramadhan ini agaknya masing2 mahu sampai awal di rumah. Hasilnya jem yang menyakitkan hatilah yang saya alami.. Tetapi terima kasih kepada en suami yang menggantikan saya untuk menyediakan juadah berbuka... (walaupun hanya beli dari pasar ramadhan...) Hari ini alhamdulillah sempat juga saya memasak walaupun hanya ikan stim dan sup sayur saja.. Jadilah.. Tak macam kawan2 yang juadahnya sampai penuh meja. Saya rasa cukuplah asalkan dapat berbuka puasa. Yang penting hasil masakan sendiri... (Sedap tak sedap tu belakang kira la kan...) Di malam2 begini, baru terasa penat.. Tapi di masa beginilah anak2 bertanya tentan

ANDA MAHUKAN DUIT RAYA??

Kami ada peraduan terkini! Hanya dengan pembelian Euphoria Trial Pack layan untuk menyertainya. Emailkan kepada addinnasa[@]gmail.com untuk dapatkan borang penyertaan anda. Hadiah Utama ialah Wang Tunai RM400! JANGAN KETINGGALAN!!!

Euphoria Breastfeeding trial set

Saya pernah terangkan dalam entry lama saya sekiranya ibu menyusu itu cuma amik alfalfa sahaja sepanjang berpuasa....BERGANTUNG HANYA PADA ALFALFA . Walau bagaimanapun bagi yang baru mengenali Euphoria trial pack....ingin saya kongsikan secara ringkas keperluan setiap vitamin dalam set B yang khas untuk membantu ibu menjayakan penyusuan susuibu. Multivitamin lengkap dengan formula zat besi : perlu untuk pembentukan darah dan ianya lengkap untuk semua jenis vitamin dan garam galian yang diperlukan oleh badan. B complex : Menukarkan glukos kepada tenaga, agar si ibu lebih bertenaga, sihat dan ceria sepanjang hari. Vitamin C : bagus untuk antibodi dan pembentukan kolagen. Ia membantu mengurangkan rasa stress yang dilalui oleh individu. Alfalfa : mengandungi protien dan zat galian dan ini membantu mempercepatkan penghasilan susuibu. Keempat-empat vitamin ini saling melengkapi antara satu sama lain. Kombinasi 4 supplement ini membantu badan ibu sihat secara menyeluruh dan kes

Adakah benar pengambilan set B bersama ESP akan mendapat lebih umpphhhhh?

Secara peribadi melalui pembacaan dan pengalaman penyusuan, pengambilan vitamin bersama ESP sangat membantu. • Susu ibu akan lebih cepat dihasilkan. • Payudara cepat berat jika anak lambat disusukan ataupun sesi perahan tertunda. • Payudara mudah tegang dan tidak kendur/lembik • Perkembangan pembesaran anak yang berumur 1-6 bulan dimana si ibu mengambil ESP dan set B sebagai makanan tambahan akan melihat perkembangan anaknya yang cepat dan sihat. Apa sebenarnya fungsi ESP dalam bahasa yang lebih mudah difahami? ESP atau nama penuhnya ialah Energizing Soy Protien adalah protien yang dibuat dari soya yang berkualiti. Protien hakikatnya boleh di dapati dalam makanan harian kita seperti ikan, ayam, daging, kekacang dan banyak lagi. Namun protien ini mudah musnah apabila berada dalam suhu masakan yang tinggi. Apabila ini berlaku, tubuh kita akan menyerap saki baki protien yang ada dan selebihnya badan kita menyerap minyak hasil masakan seperti ikan goreng, ayam goreng atau apa jua
Image
ESP

KETABAHAN SEORANG IBU ….

Kisah ini diambil untuk tujuan member semangat kepada ibu2 di luar sana… Beliau adalah seorang ibu kepada 3 orang anak. Ibu mengenali beliau melalui satu sms apabila beliau hendak mencuba trial pack Shaklee. Beliau yang ibu maksudkan ialah Auntie Syakira atau nama panggilan mesra ialah Kyra. Beliau seorang ibu yang sangat kental semangatnya. Walaupun bekerjaya tidak menjadikan ini satu alas an untuk tidak menyusukan anaknya. Setiap cerita penyusuan pastinya punya halangan yang tersendiri, begitulah keadaannya dengan Kyra apabila anak ketiganya Marisa tidak mahu menyusu secara langsung dari beliau sejak lahir, namun si kecil ini juga tidak mahu dengan susu formula. Ini memberikan satu kekuatan dan semangat kepada Kyra untuk meneruskan penyusuan susuibu walaupun terpaksa mengepam 6-7 kali sehari. Pada mulanya Kyra yang ibu kenali seorang yang stress… maklumlah dengan sibuk bekerja, mengepam dan terpaksa berjaga malam kerana anaknya yang sukar tidur. Beliau berusaha untuk mencari s

Rahsia Terbesar Banyakkan Susu!!!

Sebenarnya ada rahsia terbesar untuk memastikan susu ibu itu banyak dan berterusan.... Saya sendiri baru menyedari hakikat rahsia ini. Memang nampak pelik tetapi saya melaluinya dan ramai sahabat2 saya juga melaluinya.... Rahsia #1 ( Rahsia Utama) Pastikan pengambilan makanan waktu utama ( sarapan, makan tengah hari dan dinner) adalah lengkap dan seimbang. - makanan inilah yang diperlukan oleh tubuh untuk menghasilkan susu. Ada ibu2 yang sangat takut untuk mengambil makanan berat kerana dikhuatiri gemuk maka golongan ini akan makan sekadar memastikan perut tidak lapar. Mereka ini hanya melengkapkan makanan harian tanpa memikirkan keseimbangan zat yang diambil...dan kemudian golongan ini akan mula bertanya mengapa berat anak saya tidak naik ye???? Rahsia #2 Banyakkan minum air- sebanyak mana hanya diri anda yang mengetahuinya. Namun ianya tidak boleh dipandang remeh. Susu itu sendiri dalam bentuk cecair maka air sangat penting. Air penting untuk menyahkan segala toksin dalam ba

GLA

Image
UNTUK KESIHATAN DAN KESUBURAN.Hanya RM95 dengan free postage.. Sila hubungi saya untuk special offer... Liza 0124961093 atau email kepada saya - lizahzza74@yahoo.com

GLA untuk kesihatan dan kesuburan...

GLA atau nama saintifiknya dikenali sebagai Gama Linoleik Acid (GLA). Ia merupakan bahan binaan bagi prostaglandin. Apa pula prostaglandin? Prostaglandin merupakan bahan hormon dalam badan. Ianya penting untuk fungsi kimia badan seperti mengawal tekanan darah, mengawal muscle contraction, menghalang rembesan gastrik dan banyak lagi. Ia juga adalah anti keradangan, anti pembekuan darah disamping mengurangkan tekanan darah FAEDAH GLA dikatakan membantu mengurangkan keradangan yang biasa dalam sindrom pra-haid(PMS), arthritis rhematoid dan eczema. Selain itu GLA membantu mengurangkan sakit dan kebas yang berkaitan dengan masalah kencing manis. GLA juga dikatakan dapat membantu mengawal kencing manis (jenis 2) dengan membaiki kadar insulin & kolesterol. GLA juga membantu dalam menyingkirkan lebihan berat badan terutama bagi yang ingin mengurangkan berat badan. SIAPA YANG MEMERLUKAN GLA? GLA diperlukan bagi golongan wanita yang menghidap Pre Menstrual Syndrom atau PMS. GLA san

EPO atau GLA?

Suplemen Evening Primrose Oil, atau dengan nama singkatan nya EPO, amat masyhur di kalangan wanita. Ada yang menggunakan sejak dari muda, ada yang mengamalkan bila dah berusia, terutama apabila hampir-hampir menopause, dan tidak kurang juga yang menggunakan setelah berumah tangga, untuk menstabilkan hormon kewanitaan. Pendek kata, ada sesetengahnya yang berkata, "Kalau tak ambil suplemen lain pun takpalah, asalkan jangan skip makan EPO". Begitu sekali impak EPO kepada kaum wanita! Di Shaklee, kami tidak mempunyai vitamin yang di panggil EPO, namun, Shaklee ada vitamin yang lebih baik daripada EPO, yang dikenali sebagai GLA Complex. Owh ya, dalam GLA Complex ini, turut ada kandungan Vitamin E dan Minyak biji matahari. Kenapa kami konfiden yang GLA Complex Shaklee lebih baik daripada suplemen EPO di pasaran? Ini kerana, ramai yang tidak tahu, bahawa sebenarnya, kandungan bahan utama di dalam EPO ialah GLA - gamma-linolenic acid. Sedikit petikan daripada NCCAM. * Evening p

Mengapakah Vitamin C perlu untuk kesihatan?

Vitamin C adalah perlu untuk: • Diperlukan untuk pertumbuhan dan pembaikan tisu, fungsi kelenjar adrenal, dan juga mendapatkan gusi yang sihat dan gigi. • Melindungi sel tubuh daripada kesan-kesan pencemaran • Melindungi daripada jangkitan dan selesema, serta meningkatkan imuniti. • Membantu untuk mengurangkan tahap kolesterol, tekanan darah tinggi, dan mencegah aterosklerosis. • Melindungi daripada pembekuan darah, lebam, menggalakkan penyembuhan luka, dan pengeluaran hormon antistress. • Penting untuk penyuburan sel darah putih dan juga bertindak sebagai antihistamin semulajadi yang amat berguna untuk mengurangkan hidung bengkak semasa selesema, dan mengurangkan gejala-gejala lain alergi. • Memainkan peranan penting dalam pengeluaran kolagen, yang membantu mencegah penuaan pra-matang. • Membunuh bakteria patogenik, yang bertindak sebagai antibiotik yang tidak berbahaya. • Melindungi sel-sel otak dan saraf tunjang, yang sering dirosakkan oleh radikal bebas. • Membantu tubuh

Kunci kejayaan utama penyusuan bersama supplement Shaklee

Sayugia di ingatkan 3 perkara ini tidak boleh sama sekali diabaikan bagi mendapatkan keputusan yang optimum. Jika salah satu perkara ini tidak dapat dilakukan dengan sempurna, hasilnya juga mungkin tidak memberansangkan. 1. Bayi disusukan sekerap mungkin atau sesi perahan yang sentiasa konsisten....jangan TIDAK PAM hanya kerana payudara tidak bengkak. Namun jika nak rasa payudara penuh dengan susu, amalkan makan alfalfa 6 biji sehari dan minum ESP bagi yang amalkan supplement. You can feel it! TETAPI KENA INGAT! Pastikan pam sehingga payudara kosong untuk mengelakkan BENGKAK SUSU atau clog duct. 2. Minum 3 L sehari. Cuba sediakan indicator. Macam ibu sekarang walau dah tak menyusukan Addin dan Nasa namun ibu pastikan ibu mengambil 3-4 L sehari yang disukat melalui botol. Ramai customer yang mengadu susu pekat namun susu belum banyak....kalau tak minum banyak dan tak mengepam dengan konsisten...memang takkan nampak impak yang hebat. 3. Doa yang berterusan bukan sekadar dari niat d

Khasiat daun alfalfa

Khasiat daun alfalfa, selain membanyakkan susu ibu: 1. Dikatakan tumbuhan terbaik yang mengandungi segala zat keperluan harian tubuh manusia. 2. Melegakan sakit sendi dan belakang. 3. Menghilangkan kelesuan dan tekanan. 4. Memberi sensasi ‘rasa sejuk’ (alfalfa Shaklee mengandungi minyak Peppermint) 5. Memberi kelegaan semasa haid. 6. Merawat arthitis 7. Bagus untuk elergi dan ekzema 8. Merawat asma 9. Mencuci usus bagi membuang toksik 10. mencuci buah pinggang dan merawat kencing kotor disebabkan jangkita dalam buah pinggang 11. Meneutralkan asid dalam badan 12. Merawat masalah keputihan pada wanita 13. Membesar dan menegangkan payudara 14. Bertindak seperti kacip fatimah kepada para isteri 15. Memulihkan urat selepas bersalin 16. Membantu masalah penghadaman dan pencernaan 17. Meningkatkan stamina seorang suami 18. Melegakan sembelit (tapi kalau kurang minum air boleh jadi sembelit tau!) 19. Dan banyak lagi untuk disenaraikan… AMARAN : Alfalfa TIDAK BOLEH diambil

LECITHIN DAN KHASIATNYA

· Nature’s Emulsifier (Pengemulsi Semulajadi) – yang membantu badan menyerap nutrien larut lemak seperti Vitamin A,D,E, K, Beta Caretone · Boleh didapati dari tisu binatang dan tumbuhan (plant) · Untuk commercial didapati dari telor, jagung & kacang soya · Fat Emulsifier – Metabolisma lemak KANDUNGAN · Asid linoleik (essential fatty acid) – amat diperlu oleh badan. Tapi badan tidak boleh menghasilkannya sendiri dan ia perlu diambil melalui diet harian . · Kolin – satu komponen neurotransmitter · Asetikolina – bekal biokimia untuk penghantaran mesej di dalam otak & sistem saraf · Inositol – sebagai komponen utama membran / selaput sel dalam tisu di seluruh badan KHASIAT DAN KEGUNAAN LECITHIN 1. PALING UTAMA – untuk proses metabolisma, kolesterol, triglycerides dan lemak darah (blood lipids) · Lecithin memecah serta mencairkan lemak terutama koleterol. · Ia membantu menurunkan total serum ch

RAHSIA WAJAH BERSERI SHAKLEE..

Semua inginkan kecantikan, terutama pada wajah dan penampilan. Wajah yang segar, ceria, bukan saja menyenangkan empunya diri tapi juga orang sekelilingnya. Oleh itu saya menyediakan set wajah berseri Shaklee bagi menadpatkan wajah yang segar, ceria, licin dan kurang masalah. Set ini terdiri dari: • B Complex • Vita-C • Vita-E Vita-C dan Vita-E adalah gabungan antioksidan yang powerful, bermanfaat untuk menghapuskan radikal bebas dalam tubuh. Vitamin E menjadikan seseorang nampak muda kerana ia menghalang perkembangan sel penuaan. Gabungan vitamin-vitamin di atas berguna untuk mencegah jerawat dan melupuskan parut jerawat baru. Menjadikan wajah lebih berseri dari dalam. Seperti yang diketahui umum, “Kecantikan” dan “Vitamin” diibaratkan seperti irama dan lagu yang tidak dapat dipisahkan. Disediakan khas buat wanita atau lelaki yang mementingkan kecantikan kulit. Penjagaan kulit haruslah merangkumi aspek luaran dan dalaman. Dari segi aspek luarannya, adalah dengan penjagaan asas

KURMA SEBAGAI PENENANG PERASAAN

Sedikit perkongsian mengenai khasit Kurma sebagai kaedah untuk menenangkan perasaan... Dalam al-Quran surah Maryam ayat 26, Allah SWT berfirman kepada Saidatina Maryam a.s; "Bertenanglah hati daripada segala yang merunsingkan". Ternyata firman Allah SWT ini yang menyuruh Mariam memakan kurma untuk menenangkan fi kiran tidak bercanggah dengan kajian sains. Pengkaji mendapati dalam buah kurma terdapat sejenis bahan asas protein, iaitu asid amino (essential amino acid) yang dikenali dengan nama triptofan. Triptofan merupakan sejenis asid amino yang sangat diperlukan bagi membantu mekanisme badan yang lain terutamanya bagi sintesis niasin. Terdapat sesetengah asid amino boleh dihasilkan oleh badan tetapi unsur triptofan hanya dapat diperoleh melalui diet pemakanan manusia. Triptofan ini sejenis unsur yang boleh memberikan ketenangan kepada manusia. Tanpa triptofan, manusia akan rasa serabut, tertekan, gundah-gulana dan tidak tentu arah. Penyelidikan klinikal juga

BERPUASA SAMBIL MENERUSKAN PENYUSUAN

Pejam celik pejam celik , ramadhan makin hampir. Ramai ibu2 yang menghantar email dan mesej bertanya apakah supplement yang membantu penyusuan? Sebenarnya antara supplement yang banyak membantu sepanjang penyusuan saya dulu ialah alfalfa dan performance. Oh ya, ada yang bertanya bagaimana dengan supplement lain seperti vitalea, b complex dan vitamin C? Saya ringkaskan dalam jadual yang mudah buat rujukan ibu yang bakal berpuasa dan bakal menggantikan puasa... Waktu sahur: Selepas makan nasi atau apa jua juadah bersahur serta kurma , tambahkan minuman Performance dan ESP( Gabungan terbaik ) dan makan 3 biji Alfalfa . Waktu Berbuka: Berbukalah dengan juadah berbuka seperti biasa disertai kurma , tambahkan juga dalam menu minuman Performance dan ESP ( untuk dapatkan better result ) dan 2 biji alfalfa. Sebelum tidur: Amalkan minum segelas ESP dan vitamin lain iaitu Vitalea@multivitamin, B complex dan Vitamin C. Inilah jadual paling mudah untuk diamalkan. Hanya bancuhkan 1 s

KURMA SEBAGAI MAKANAN HARIAN

Saya ingin berkongsi maklumat dalam makanan kebiasaan kita agar turut memberi faedah dalam kehidupan kita... Kurma merupakan tumbuhan yang tidak asing dalam kalangan penduduk negara kita terutamanya apabila menjelang Ramadan. Kurma merupakan hidangan wajib ketika berbuka puasa. Kurma atau tamar atau istilah saintifi knya, phoenix dactyloferal merupakan sejenis tumbuhan yang mempunyai khasiat yang begitu banyak kepada umat manusia. Disebabkan kepentingannya juga, Allah SWT telah menyebut kalimah kurma sebanyak 21 kali dalam al-Quran. Firman Allah SWT dalam surah Maryam ayat 25-26 yang maksudnya: Dan gegarlah ke arahmu batang pohon tamar itu, supaya gugur kepadamu buah tamar yang masak. Maka, makanlah dan minumlah serta bertenanglah hati daripada segala yang merunsingkan. (Maryam : 25) Maka daripada ayat ini, kita dapati dengan jelas Allah SWT mengarahkan Mariam a.s supaya memakan buah kurma untuk mengurangkan kesakitan bersalin dan menenangkan hati beliau ketika hendak me
Salam sayang... Dari sehari ke sehari saya merasakan suatu semangat baru menyelinap ke sanubari... Saya seolah-olah merasakan ada sesuatu yang boleh saya lakukan dalam hidup saya. Mengenali seorang wanita yang telah berjaya di dalam hidupnya, setidak-tidaknya mendorong saya untuk mula memahami bahawa di dalam hidup ini, banyak perkara yang boleh dan sepatutnya saya lakukan.. Semalam saya menerima satu panggilan lewat senja yang antaranya terus memberi kata-kata semangat supaya saya tidak putus asa walaupun banyak lagi yang tidak kelihatan.. Wanita tersebut turut menunjukkan jalan yang boleh saya lalui yang mana turut merupakan jalan yang beliau pernah lalui sebelum ini... Sesungguhnya beliau menyatakan kepada saya bahawa jalan-jalan menuju kejayaan itu sentiasa terbentang luas buat saya asal saja saya tekad berusaha ke arah itu.. Bagaimana mahu berjaya? Beliau turut menekankan kepada perlunya usaha yang berterusan dan DOA YANG TIDAK PUTUS-PUTUS.. Itu saja. Selebihnya saya perlu r

Rezeki itu datangnya dari Allah...

Salam.... Ramai orang berkata bahawa sekiranya kita tidak mengalami sendiri sesuatu perkara, agak sukar untuk memahami bagaimana sesuatu itu berlaku. Kadangkala ilmu yang diperolehi tidak mencukupi untuk kita turut sama memberi pandangan apatah lagi mahu mengadili sesuatu isu... Saya melihat ramai wanita di luar sana yang tidak mahu terlibat dengan perkara-perkara yang kelihatan remeh malah adakalanya kelihatan menyusahkan. Teringat seorang rakan menyatakan kenapa mahu bersusah payah menyusukan anak dengan susu ibu sendiri. Bukankah banyak susu formula yang dijual di pasaran dengan pelbagai jenis zat dan khasiat tambahan yang malah membezakan pula antara satu jenis dengan satu jenis susu yang lain. (Masing-masing memperkenalkan khasiat yang dikatakan lebih baik dari yang lain tentunya....) Entahlah... saya sendiri tidak pasti bagaimana saya terlibat dengan penyusuan susu ibu ini... Kadangkala bila difikirkan, memanglah mudah apabila menggunakan susu formula untuk anak-anak. Tak p

salam ramadhan

salam ramadhan diucapkan kepada semua umat Islam yang menjalaninya mulai hari ini... Semoga dengan bermulanya ramadhan ini, kita akan lebih melipatgandakan usaha untuk beramal ibadat kepadaNya... Kepada ibu-ibu diluar sana, jangan mengeluh walaupun banyak perkara yang perlu dilakukan setiap hari. Ingatlah bahawa walau apapun yang kita lakukan, balasannya adalah berlipat kali ganda juga.....