I LUV U RYAN

Hari ini adalah hari pertama saya menghantar baby saya ke rumah pengasuh baru. Suami pun dah nak mula bekerja semula. Walaupun sebelum ni saya mempunyai dua pilihan sama ada nak hantar ke taska atau pengasuh. Setelah dipertimbangkan sebanyak-banyaknya, maka saya meilih untuk mencuba dihantar ke rumah pengasuh.

Inilah Ryan buah hati saya...


 Cuak jugak sebab banyak cerita yang telah didengar mengenai pengasuh. Tapi kalau dinilai-nilai, taska pun sama jugak. Akhirnya saya dan suami berserah aje. Tawakkal pada Allah. Saya hanya berdoa agar diberikan keselamatan yang terbaik buat anak-anak saya.



Tapi waktu saya call dalam jam 11 tadi, baby Ryan saya tengah menangis. Pengasuh kata dia taknak menyusu. Aduhai adik.. Jangan la gitu.. Sedih mama mendengar suara adik menangis..



Ryan memang taknak sangat pada susu formula. Kalau di rumah saya beri susu ibu aje. Kini nampaknya saya kena teruskan bagi susu ibu. Pengasuh pun kata dia boleh uruskan susu yang di pump. Pemanas pun ada. Nampaknya saya kena lebih giat mengepam. Sebelum ni saya just mengepam sekali saja semasa di pejabat. Nampaknya tak boleh begitu dah..








Apapun untuk Ryan sayang, mama akan buat apa saja. Asalkan Ryan tak menangis dan meragam. I love u so much.. Hmm.. kan mama dah pesan pagi tadi, jaga diri baik-baik..

Salam sayang.. Mama
0164219053

Comments

Popular posts from this blog

HOMESTAY BEST DI BENTA / KUALA LIPIS

HARI PERTAMA KE TASKA

ESP DAN OMEGA GUARD: MANA LEBIH BAGUS?