HARI PERTAMA KE TASKA
Assalamualaikum... Hari ini adalah hari pertama Eman ke Taska 5 tahun. Setelah beberapa lama menyediakan mentalnya untuk ke taska dan seterusnya ke tadika, nampaknya dia exited untuk pergi. Berkali-kali dia bertanya semasa saya menghantar dia tadi; kenapa dia tak pakai baju tadika? Kenapa pakai baju biasa je? Walaupun sudah berkali-kali saya jelaskan, dia akan ke tadika esok hari. Hari ni ke taska je dulu..Tapi dia masih bertanya juga.. Aduhai Eman.. Eman memang anak manja. Maklum lah beza antara abangnya dengan dia adalah 7 tahun. Kehadirannya memang diharapkan sangat. Dia pun tak pernah dihantar ke taska. Hantar ke pengasuh aje. Pengasuh tu pulak sepupu suami. Jadi memang dia dijaga sangat-sangat. Lepas dia berumur dua tahun, saya pulak cuti belajar. Jadi Eman memang saya jaga sendiri di rumah. Bertambah lah manjanya.. Hmm... menyusu badan pun sampai 3 tahun 4 bulan.. mana la tak manja kan.. Pernah sekali saya menghantar Eman ke taska. Masa tu saya tengah sibuk