Posts

Showing posts from 2015

SAYA BUKAN MANUSIA SEMPURNA

Image
Assalamualaikum Semakin panjang perjalanan, sebenarnya mengajar kita untuk lebih memahami segala cabaran yang mendatang. Ia sebenarnya adalah pengalaman yang ditimba yang kemudiannya akan menjadi pengajaran apabila menghadapi apa jua perkara. Dengannya kita lebih dewasa dan dengannya juga kita menjadi lebih bijak dalam  membuat keputusan. Pada saya, pada hari ini, tiada manusia yang sempurna. Malah yang hampir sempurna juga hampir tidak ada. Kalau adapun, saya masih belum menemuinya. Ingin juga berjumpa dengan mereka, mungkin boleh mengajar saya dalam membuat apa-apa perkara. Apapun, perjalanan masih panjang.. InsyaAllah.. Masih banyak perkara yang masih belum berjaya malah ada yang masih belum dimulai pun. Maka mahu tidak mahu, saya harus menjadi kuat bertahan demi mereka yang saya sayangi.. Dan demi diri saya sendiri juga. Bukan hidup namanya jika tidak ada onak dan duri di sepanjang kehidupan. Kerana itulah ia dinamakan kehidupan.. Semoga saya tetap kuat dan tidak lagi m

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI

Image
 Assalamualaikum Apa kabar semua? Lama betul saya tak menjenguk blog kesayangan saya nih. Dan bersawang2 agaknya. Maklum le dah 2 tahun lebih tak masuk keje, bila mula keje balik, rasa macam tak terkejar banyak benda.. Dikesempatan ini saya ingin mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI kepada semua pembaca setia blog saya ini. Hari ni dah 7 Syawal. Memang suasana raya masih hangat lagi kan. Rata-rata orang pun masih bercuti dan ada juga yang masih berada di kampung. Saya nak cerita apa ek? Saya sharekan pic raya dulu lah kan? Baru rasa macam raya.. :) SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI... MAAF ZAHIR DAN BATIN dari saya.. Mama Liza

HARI PERTAMA KE TASKA

Image
 Assalamualaikum... Hari ini adalah hari pertama Eman ke Taska 5 tahun. Setelah beberapa lama menyediakan mentalnya untuk ke taska dan seterusnya ke tadika, nampaknya dia exited untuk pergi. Berkali-kali dia bertanya semasa saya menghantar dia tadi; kenapa dia tak pakai baju tadika? Kenapa pakai baju biasa je? Walaupun sudah berkali-kali saya jelaskan, dia akan ke tadika esok hari. Hari ni ke taska je dulu..Tapi dia masih bertanya juga.. Aduhai Eman.. Eman memang anak manja. Maklum lah beza antara abangnya dengan dia adalah 7 tahun. Kehadirannya memang diharapkan sangat. Dia pun tak pernah dihantar ke taska. Hantar ke pengasuh aje. Pengasuh tu pulak sepupu suami. Jadi memang dia dijaga sangat-sangat. Lepas dia berumur dua tahun, saya pulak cuti belajar. Jadi Eman memang saya jaga sendiri di rumah. Bertambah lah manjanya.. Hmm... menyusu badan pun sampai 3 tahun 4 bulan.. mana la tak manja kan.. Pernah sekali saya menghantar Eman ke taska. Masa tu saya tengah sibuk

I LUV U RYAN

Image
Hari ini adalah hari pertama saya menghantar baby saya ke rumah pengasuh baru. Suami pun dah nak mula bekerja semula. Walaupun sebelum ni saya mempunyai dua pilihan sama ada nak hantar ke taska atau pengasuh. Setelah dipertimbangkan sebanyak-banyaknya, maka saya meilih untuk mencuba dihantar ke rumah pengasuh. Inilah Ryan buah hati saya...    Cuak jugak sebab banyak cerita yang telah didengar mengenai pengasuh. Tapi kalau dinilai-nilai, taska pun sama jugak. Akhirnya saya dan suami berserah aje. Tawakkal pada Allah. Saya hanya berdoa agar diberikan keselamatan yang terbaik buat anak-anak saya. Tapi waktu saya call dalam jam 11 tadi, baby Ryan saya tengah menangis. Pengasuh kata dia taknak menyusu. Aduhai adik.. Jangan la gitu.. Sedih mama mendengar suara adik menangis.. Ryan memang taknak sangat pada susu formula. Kalau di rumah saya beri susu ibu aje. Kini nampaknya saya kena teruskan bagi susu ibu. Pengasuh pun kata dia boleh uruskan susu yang di pump. Pe

VITA-LEA CHEWABLE - MULTIVITAMIN UNTUK SIMANJA ANDA

Image
Assalamualaikum... Susah sungguh kalau nak bagi makan pada anak2 yang suka memilih kan.. Biasanya mereka makan makanan yang mereka suka je. Tak kisah pun pada kalori, khasiat, zat dan sebagainya. Yang penting mereka suka makan. Apa kata kalau beri mereka makan Vita-Lea for children. Chewable lagi tu.. Ia merupakan sejenis multivitamin yang memenuhi keperluan zat untuk kanak-kanak. Apa yang best tentang multivitamin untuk kanak-kanak ini? 2 biji Vita-Lea Chewable ini mengandungi: 2,500 IU vitamin A yang bersamaan dengan 1.5 cawan cantaloupe (sejenis tembikai susu) 60mg vitamin C bersamaan dengan 6oz oren jus 400 IU vitamin D bersamaan dengan 3 gelas (8oz) susu 400mg folic asid bersamaan 4 cawan brokoli yang dimasak 40mg magnesium bersamaan dengan sejenis kacang Brussels Sprouts yang dimasak 5mg zinc bersamaan dengan 3 cawan ginjal yang dimasak Sumber: Norita Idris So, memang sesuai sangatlah kalau multivitamin ini diberikan kepada anak2 anda. Harga? Apalah sangat k

BANJIR.. UJIAN YANG MENDUGA KEIMANAN

Image
 Assalamualaikum Berat mata memandang.. Berat lagi bahu yang memikul.. Begitulah yang boleh saya nyatakan apabila saya berpeluang pulang ke kampung suami di Machang, Kelantan. Sepanjang jalan antara Gua Musang dan Kuala Krai, serta beberapa kawasan di Machang, telah mengalami kerosakan teruk akibat bencana banjir. Biar gambar berbicara..   Walaupun telah 6 hari berlalu, terdapat beberapa kawasan yang masih ditenggelami air khususnya di pinggiran sungai.     Kesan runtuhan di pejabat kerajaan.   Sekitar daerah Machang, kawasan pinggir sungai Kelantan.   Rumah kakak ipar saya.. Air naik sehingga tingkap di tingkat atas tu tak kelihatan.    Kawasan Manek Urai iaitu tempat yang paling teruk mengalami banjir.   2 orang kanak-kanak, antara sejumlah penduduk yang berada di tepi jalan, menunggu kereta lalu dan ada di antaranya yang berhenti untuk memberi apa2 sumbangan. Di dalam hati saya cuma berharap agar Allah memberi yang lebih baik darip