PERSEDIAAN PENYUSUAN SEJAK HAMIL



PERSEDIAAN PENYUSUAN SEJAK HAMIL

Adakah anda sedang hamil? Tahukah anda tentang kebaikan penyusuan susu ibu? Jika anda sememangnya merancang untuk menyusukan anak dengan susu ibu, ia adalah pilihan bijak yang terbaik. Jika tidak, sebaiknya anda banyak membaca ilmu penyusuan kerana pasti ia akan mengubah fikiran anda.
Seharusnya persediaan penyusuan sudah bermula sejak anda disahkan hamil lagi. Ia sebagai persiapan rapi supaya proses penyusuan berjalan lancar. Berikut adalah beberapa persediaan yang boleh dilakukan oleh bakal ibu.
  1. Kumpul maklumat
Cari sebanyak mungkin ilmu tentang penyusuan susu ibu. Anda boleh menambah ilmu menerusi kelas, bahan bercetak, laman web, blog, forum dan sebagainya.

  1. Sertai komuniti
Di Malaysia terdapat banyak komuniti susu ibu yang bermatlamat menyokong para ibu menyusu agar lebih yakin untuk menyusukan si manja.

  1. Nombor telefon
Kaunselor laktasi sangat diperlukan sewaktu anda mengalami masalah berkaitan penyusuan susu ibu terutamanya pada hari-hari pertama selepas kelahiran bayi.

  1. Pemakanan sihat
Amalan semasa hamil membantu pembentukan kelenjar-kelenjar susu di dalam tisu-tisu tubuh. Ini memudahkan penghasilan dan pengaliran susu ibu sebaik bayi dilahirkan. Pada masa yang sama, pastikan keperluan kalsium dan protein dalam tubuh mencukupi.

  1. Pilihan hospital
Pilih hospital yang menyokong penyusuan susu ibu.  Sebelum melahirkan bayi, berbincang dengan doktor yang memeriksa anda tentang niat untuk menyusukan bayi sebaik dilahirkan.

  1. Kelengkapan penyusuan
Persediaan peralatan penyusuan susu ibu adalah penting dalam memastikan proses penyusuan susu ibu berjalan lancar terutamanya bagi ibu yang berkerjaya. Antaranya pam payu dara, coli penyusuan, pelapik payu dara, bekas penyimpanan susu ibu, beg pendingin, pek ais, kain pelindung penyusuan dan lain-lain. Sebaiknya beli alatan tersebut sebelum bersalin kerana anda tidak dapat menjangka apa yang berlaku selepas kelahiran bayi.

  1. Kebersihan puting
Bersihkan puting payu dara setiap kali mandi. Gunakan tuala bersih dan air suam untuk mencucinya. Elakkan menyapu sabun di bahagian puting. Langkah ini sangat penting terutamanya di trimester terakhir kerana kolostrum sudah mula terhasil. Jika tidak dibersihkan, ia dikhuatiri tersumbat. Anda digalakkan menarik dan mengurut puting perlahan-lahan atau menyikat kedua-dua belah payu dara menggunakan sikat secara perlahan-lahan.

  1. Pasang niat
Sejak awal lagi pasang niat untuk menyusukan bayi dengan susu ibu. Setelah azam ditanam, jangan lupa untuk suburkannya dengan motivasi menerusi pembacaan, perkongsian pengalaman dan sebagainya.

SELAMAT MENYUSUKAN BAYI ANDA...


Sumber ilmu: PAMA


Salam sayang..  Mama Liza 
0164219053

Comments

Popular posts from this blog

HOMESTAY BEST DI BENTA / KUALA LIPIS

HARI PERTAMA KE TASKA

ESP DAN OMEGA GUARD: MANA LEBIH BAGUS?