VITAMIN SHAKLEE UNTUK IBU HAMIL

Pengambilan makanan yang seimbang ketika hamil sangat penting kerana pada ketika ini, nutrisi lengkap bukan sahaja buat ibu malahan buat bayi yang sedang mengalami proses tumbesaran dalam rahim ibu tersebut. Sedangkan ketika tidak hamil pun, kaum wanita amat sukar untuk melengkapi nutrisi dalam diet harian, apatah lagi dengan dugaan mabuk hamil yang selalunya menyebabkan seorang wanita hamil itu tak mahu makan. Ketika inilah, pengambilan vitamin untuk wanita hamil sangat penting.

VITAMIN SHAKLEE UNTUK IBU HAMIL

Di awal kehamilan biasanya obygyn akan mewajibkan pengambilan asid folik. Kenapa? Kerana pengambilan asid folik yang mencukupi akan membantu melindungi bayi yang dikandung daripada kecacatan saraf tunjang. Terbaik, pengambilan asid folik harus bermula pada mereka yang baru bercadang mahu mengandung, sekurang-kurangnya 3 bulan sebelum mengandung dan diteruskan juga sepanjang 3 bulan pertama kehamilan sebelum mengambil multivitamin prenatal.

Selain itu, pengambilan kalsium, iron (zat besi) dan DHA juga penting ketika hamil. Anda boleh mendapatkan nutrien-nutrien ini melalui amalan makanan yang seimbang, atau sekiranya ada kekangan, dapatkannya melalui pengambilan vitamin khusus untuk wanita hamil.

Vitamin Shaklee untuk wanita hamil


Vitamin-vitamin yang dicadangkan ketika hamil:
  • VItalea (lengkap dengan zat besi)
  • Vitamin C
  • B Complex (lengkap dengan asid folik)
  • Ostematrik (kalsium, magnesium dan vitamin D)
  • Omega Guard (asid lemak penting, DHA)
  • ESP (protein)


Panduan makan vitamin Shaklee untuk ibu hamil (Panduan Am)


Vitalea - 1 ke 2 biji sehari


Vitalea adalah multivitamin jadi ibu-ibu tidak perlu mengambil multivitamin prenatal yang lain. Dilengkapi dengan zat besi dan juga 200 mg asid folik Ibu hamil yang mengalami anaemia, pening atau mudah pitam amalkan secara konsisten untuk kesihatan yang lebih baik (inshaALLAH). Wanita hamil yang mengalami masalah Hb rendah juga digalakkan mengambil Vitalea ini.

Anaemia amat berbahaya kepada anak dan ibu ketika bersalin, oleh itu pastikan pencegahan awal dilakukan.

B Complex - 1 ke 2 biji sehari


B Complex yang lengkap dengan asid folik dan biotin (sumber b yang mahal harganya). Asid folik mustahak untuk membantu pembinaan tulang bagi mengelakkan kecacatan pada janin, mengurangkan risiko kecacatan saraf pada bayi khususnya 'spina bifida'. Pengambilan asid folik adalah sekurang-kurangnya 400 mg sehari (2 biji b complex ATAU 1 biji b complex + 1 biji Vitalea). 

Vitamin C - 1 biji sehari


Melindungi sel penting dalam pembinaan kolagen dalam membina dan menguatkan sel-sel  tisudalam badan. Ia juga sangat penting untuk gusi dan gigi yang sihat. Vitamin C membantu menguatkan sistem pertahanan tubuh badan (immune booster). Selain daripada itu, vitamin C penting untuk kadar serapan zat besi yang optima dalam tubuh kita.

Ostematrix - 4 biji sehari


Wanita hamil memerlukan kalsium sekitar 1000 mg ke 1300 mg sehari. IstimewanyaOstematrix kerana ia ia bukan sahaja kalsium, malahan lengkap dengan magnesium dan vitamin D (bantu penyerapan). 1 biji Ostematrix mempunyai 250 mg  kalsium. Magnesium membantu menggabungkan kalsium ke dalam tulang lalu menguatkannya, manakala vitamin D pula meransang penyerapan kalsium. 

Kalsium sangat penting untuk pembinaan sel, pertumbuhan gigi dan pembentukan tulang bayi. Bagi wanita hamil pula, ia penting untuk ransangan saraf dan mengelakkan kekejangan otot ketika hamil. Kalsium juga penting untuk denyutan jantung  dan tekanan darah yang stabil. Kalsium yang cukup ketika hamil amat penting kerana sekiranya bayi dalam rahim tidak mendapat bekalan kalsium yang cukup, bayi akan 'menarik' kalsium daripada ibunya, yang mana akan memberi kesan kepada ibu hamil seperti osteoporosis di kemudian hari.

Omega Guard - 1 biji sehari


Pengambilan Omega Guard Shaklee disarankan bermula pada trimester kedua dan ketiga. 

Penting untuk membantu pembentukan otak bayi daripada peringkat awal. Mengandungi DHA dan EPA yang sangat penting untuk otak dan mata bayi. Juga membantu mengawal kadar kolestrol dalam badan wanita hamil. 

ESP - 1 sudu besar sehari


Protein sangat penting untuk membina, memperbaiki dan memperbaharui sel-sel, tisu dan hormon dalam tubuh. Protein juga penting untuk pembentukan kuku, rambut dan kulit. Protein yang baik dan berkualiti penting untuk kesihatan keseluruhan yang baik, kerana sel yang sihat menyerap lebih nutrien daripada sel yang tidak sihat. Bagi wanita hamil, pengambilan ESP membantumemberi tenaga terutamanya ketika mengalami alahan (kurang/tak lalu makan). 

Selain daripada itu, protein ESP ini juga membantu membekalkan asid amino yang bertindak membentuk otot dan organ-organ bayi. 

Panduan makan yang saya sediakan di atas adalah umum. Anda perlulah mendapatkan jadual makan yang sesuai dengan keperluan diri sendiri melalui SID masing-masing. 

Untuk maklumat lanjut berkaitan pembelian produk boleh berhubung dengan saya melalui Email lizahzza74[@]yahoo.com 

Call/Whatsapp : 0164219053 

Salam sayang..  Mama Liza 


* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Comments

Popular posts from this blog

HOMESTAY BEST DI BENTA / KUALA LIPIS

HARI PERTAMA KE TASKA

ESP DAN OMEGA GUARD: MANA LEBIH BAGUS?