VITAMIN C OH VITAMIN C

Assalamualaikum...

Saya didatangi selsema sejak 2 hari lepas. Agaknya kerana cuaca yang terlalu panas dan saya sekeluarga pulak pergi bermain air di A Famosa Resort. Hmm sudahnya anak saya demam dan saya pulak selsema. Ubat dari klinik yang dimakan nampaknya masih belum memberi kesan. Tensen betul..

Tapi itulah.. Bermain air cuma satu penyebab untuk kedatangan sesuatu penyakit. Memang nak selsemalah... Kalau tak bermain air pun, kalau dah nak demam, demam jugak kan? 

Namun sebagai manusia yang beriman kita mesti redha dengan sesuatu penyakit. Pada masa yang sama hendaklah kita berusaha untuk menyembuhkannya. Di saat2 macam ni saya sangat rindukan vitamin c daripada shaklee. Bukannya apa.. Biasanya  kalau ada tanda2 nak selsema, cepat2 saya makan vitamin c tu. Ia sangat bagus. Sebiji vitamin c bersamaan khasiat  7 setengah biji oren. InsyaAllah selsema takkan hinggap dengan izin Allah jua.. Itulah amalan saya. Biasalah di bandaraya ni dengan cuaca yang panas, habuk, kotoran sana kotoran sini, memeng mudah didatangi penyakit. Saya memang perlukan sesuatu untuk ketahanan diri melawan penyakit. Alhamdulillah saya sangat yakin makan vitamin c adalah suatu usaha yang sangat berbaloi.


Tapi dah lama sangat vitamin c kehabisan stok di Malaysia ni. Rasa tak sabar menunggu.. Harap2 bulan April ni ada berita baik tentang kedatangan vitamin c tu. Saya tau ramai di kalangan anda juga sentiasa ternanti2 vitamin c.. Teringat kata2 seorang auntie waktu saya menghantar ostematrix bulan lepas. Katanya vitamin c shaklee adalah vitamin c yang paling bagus pernah dia jumpa.. Saya akui itu..



Malam ni nampaknya saya perlu makan ubat selsema lagi. Mengantuklah nampaknya.. Itu yang saya tidak gemar dengan ubat selsema. Ia menyebabkan mengantuk dan kalau ditahan2, kepala akan menjadi pening. Kalau ada vitamin c kan bagus??

Salam sayang.. Mama Liza
0164219053

Comments

Popular posts from this blog

HOMESTAY BEST DI BENTA / KUALA LIPIS

HARI PERTAMA KE TASKA

ESP DAN OMEGA GUARD: MANA LEBIH BAGUS?