Posts

Showing posts from December, 2012

PENGEDAR SAH SHAKLEE KUALA LUMPUR DAN KAJANG

Assalamualaikum... Hai apa kabar semua? Kita berjumpa lagi dalam entry di hujung tahun ini. Nampaknya hari ini adalah hari terakhir kita di tahun 2012. Suasana yang sangat sinonim dengan azam baru... Apa azam tahun baru ini? Tentu ada bermacam2 azam kan? Kadang2 berazam baru sampai terlupa bahawa azam tahun 2012 belum tercapai lagi.. hehehe Bagi saya sendiri, azam tahun depan berbeza sikit. Maklumlah sekarang sedang berada di alam baru iaitu alam student.. Tentu azam adalah berkaitan dengan pembelajaran juga kan... Apa2pun, saya mahu yang terbaik bagi setiap apa yang saya lakukan.. Tentu anda juga begitu kan? Selain itu saya berazam untuk terus kelihatan menawan walaupun tahun baru bermakna umur pun makin meningkat setahun lagi. Wah tak disangka sudah begini usia saya.. Tapi umur cuma satu angka. Yang penting adalah keadaan diri dan kesihatan kita. Itupun azam saya juga.. Mahu tetap kelihatan awet muda dan sihat selalu. Untuk itu, azam saya adalah tetap mantain dengan supplemen

MOGA KEKUATAN ITU TETAP BERSAMAKU

Assalamualaikum... Nampaknya dah lama saya tidak menulis di blog kesayangan saya ini. Minggu ni betul2 sibuk dengan proposal dan assignment hingga tak sempat pun untuk saya menjenguk di sini. Maklumlah semester pertama hanya akan tinggal seminggu saja lagi. Saya sendiri akan menghabiskan kelas pada minggu depan.. Dalam hati terasa sebak dan sedikit sayu kerana berjaya juga melalui sesi pembelajaran dengan baik. Saya sendiri tidak menyangka masih mampu begini. Namun selepas berjumpa dengan dia semalam, entah kenapa timbul rasa sedih kerana selepas ini akan mula menjalani kehidupan yang berbeza pula. Turut sedih kerana tidak akan mengulangi suasana belajar di dalam kelas. Suatu perasaan yang bercampur baur juga dan amat sukar untuk saya tafsirkan. Semalam saya berharap agar semua perasaan akan hilang apabila saya bagun pada pagi ini. Tapi rupanya ia tetap ada... Ada apa sebenarnya dihatiku.... Hmmmmm.... Selepas ini saya akan mula menjalankan tesis sendirian. Gerun memikirkannya. Tap

COLLAGEN POWDER DAN KHASIATNYA

Image
Salam sayang semua.... Bulan ini seperti yang dijangka ada promosi hebat untuk collagen powder Shaklee. Kenapa saya katakan hebat?  Selain daripada khasiat collagen yang saya pernah nyatakan di dalam entry sebelum ini, sebenarnya ada kebaikan lain berkenaannya iaitu HARGA collagen tu untuk bulan ini. Memang diakui harga collagen  Shaklee memang boleh tahan mahal. Terkebil2 jugak biji mata bila melihat angka yang tertera untuknya. Tapi kalau dibandingkan dengan khasiatnya, memang berbaloi sangat. Tapi yelah kan di hujung2 tahun macam ni ada banyak perkara yang perlu difikirkan terutamanya mereka yang ada anak bersekolah. Mana nak fikir tentang buku2 rujukan, pakaian, kasut, beg dan sebagainya. Saya pun merasai benda yang sama sebab ada 2 anak yang akan bersekolah tahun depan. Dengan pakaian seragam persatuan la, kelab la dan macam2 lagi. Pening jugak memikirkan...  Memang saya faham sangat. Itu sebab saya kata bulan ini ada suatu keistimewaan untuk collagen Shaklee sebab de

USAH BERHENTI BERUSAHA DAN BERDOA

Assalamualaikum... Beberapa orang bertanya mengenai set untuk kesuburan. Dan saya menyarankan beberapa jenis supplemen untuk diamalkan oleh si isteri dan suami..  Sebenarnya saya amat optimis di dalam hal ini. Pada saya segala jenis usaha itu adalah amat diperlukan kerana ia adalah dituntut oleh Islam. Berusaha dan terus berusaha tanpa henti dan sentiasa berdoa agar dikurniakan zuriat oleh Allah.. Seterusnya bertawakkal kepadaNya.. Saya yakin Allah mengetahui segalanya termasuk mengapa Dia memberi dan mengapa Dia tidak memberi. Jika Dia mahu memberi dengan sedikit kesusahan, hanya Dia yang tahu mengapa harus begitu. Dan Dia juga tahu mengapa ada sesetengah orang sangat mudah mendapat zuriat malah kadang-kadang dibuang-buang pula. Tentu ada hikmah di setiap kejadian itu bukan? Yakinlah bahawa segala itu ada kebaikannya.. Kerana yang baik itu semuanya adalah dari Allah... Usaha saja kerana itu saja yang mampu kita lakukan. Usaha itu pula perlu pelbagai cara kerana kita tidak tahu

SEKADAR CORETAN PETANG...

Assalamualaikum...  Ada waktu-waktunya saya menjadi orang yang amat perasa. Walaupun sebenarnya saya memang semulajadi begitu namun ada ketika ia menjadi amat ketara... Sejak kebelakangan ini banyak benar perkara yang berlaku. Ujian demi ujian sememangnya menguji kekuatan diri. Kisah-kisah sedih dan melukakan menjadi rempah ratus kehidupan. Pelbagai perkara menguji kekuatan hati dan seterusnya memerlukan ketabahan yang bukan sedikit.. Namun sedikit sebanyak saya rasa terhibur kerana ramai orang yang sebenarnya menyayangi saya walaupun saya sebenarnya tidak menyangka ia begitu.. Sokongan demi sokongan menjadikan saya semakin kuat mengharungi semuanya. Teringat nasihat seorang rakan tadi, katanya, Allah memberi ujian kerana Dia tahu kita mampu menghadapi ujian itu. Dia sebenarnya menjanjikan perkara yang lebih baik dan lebih besar daripada itu. Saya akui kebenarannya.... Namun saya adakalanya menjadi tidak kuat dan menjadi sangat mudah tersinggung hanya dengan perkara yang kecil.