Posts

Showing posts from September, 2012

CABARAN UNTUK DIRI SENDIRI

Assalamualaikum... Hari ini saya akan ke utara. Ada kelas pagi esok dan seterusnya tengahari lusa. Kali pertama nak pegi kelas untuk pengajian saya kali ini. Entah bagaimana agaknya.. Buat masa ini perasaan agak berbeza. Mungkin kerana sebenarnya saya masih belum dapat membiasakan diri dengan alam baru saya ini. Maklumlah sejak 11 tahun yang lalu saya berada di dalam dunia pekerjaan tiba-tiba pula saya hanya duduk di rumah dan membaca.. Nampak pelik sebenarnya.. Tapi semua orang perlu melalui perubahan demi kisah hidup yang lebih baik kan? Sebenarnya saya rasa selain dari mahukan kepuasan, saya sebenarnya mahu mencabar diri sendiri apabila membuat keputusan untuk menyambung pelajaran.. Mahu mencabar kemampuan..  Saya akan berusaha bersungguh-sungguh demi cabaran itu. Cabaran yang saya cipta sendiri sebenarnya... :)) Hari ini saya akan memulakan cabaran itu dengan memandu bersenbdirian ke kedah sana. Semoga perjalanan saya selamat... InsyaAllah... Salam sayang.. Mam

PROMOSI PENUH PENJIMATAN

Image
"Ia telah kembali dengan wajah baru! Anda mahu mengetahui apa maksud icon ini? Jangan ketinggalan untuk mengetahui apa yang menarik dan terbaru dari kami!" Salam bahagia dan moga dipenuhi rahmat! Icon ini bermakna kami menyediakan set menarik untuk anda yang baru mengenali Shaklee untuk mencuba mahupun membantu anda menjaga kesihatan dengan nilai kewangan yang mampu anda bayar. Kami menyediakan beberapa jenis Euphoria set antaranya ialah  Set A (Optimum) – set A ialah set asas untuk kesihatan tubuh badan. Semua orang dewasa, remaja serta warga emas sesuai untuk menggunakan set ini yang terdiri dari Vitalea, B Complex dan Vita-C.  Set B (Breastfeeding) – walaupun set B adalah set penyusuan, namun ia sesuai untuk setiap golongan kerana kebaikan alfalfa yang terkandung dalam set ini adalah sangat banyak (selain penggalak susu). Set penyusuan ini terdiri dari Vitalea, B Complex, Vita C dan Alfalfa.  Set C (confinement) – set bersali

SET KESUBURAN SHAKLEE UNTUK ANDA

Image
Assalamualaikum... Sebenarnya saya jarang-jarang menulis untuk tujuan meningkatkan kesuburan. Bukan apa, sejak setahun yang lepas saya mengamalkan suplemen Shaklee untuk tujuan kesihatan umum dan secara khususnya untuk penyusuan. Saya lebih suka menulis daripada pengalaman sendiri kerana pada saya ia lebih jujur dan benar. Sekurang-kurangnya untuk diri saya sendiri.  Tapi tidak ada salahnya kalau saya berkongsi maklumat berkaitan suplemen lain bagi tujuan yang lain juga kan? Bukan bermakna ia tidak benar tetapi ia juga daripada fakta yang diperolehi daripada pembacaan dan pengalaman orang lain. Ia juga benar... Ada di kalangan kawan-kawan yang bertanya suplemen untuk kesuburan. Untuk tujuan itu, saya pun membaca mengenainya dan banyak bertanya mengenai pengalaman sendiri. Kesimpulannya, ada beberapa suplemen yang dibuktikan boleh membantu seseorang untuk pregnant. Kita namakan ia sebagai Set Kesuburan Shaklee.. Bagaimana pula ia berfungsi? Set kesuburan shak

HIKMAH PENYUSUAN SUSU IBU

Image
Assalamualaikum... Apa khabar kawan2 semua? Bagaimana suasana di pagi Isnin ini? Semoga semuanya baik2 saja. Tentang saya, alhamdulillah... Adik Eman pun sudah beransur sihat. Lewat petang semalam kami bawa dia ke klinik. Tak sanggup melihat dia demam begitu.. Saya melayan Eman dengan cara berbeza berbanding anak2 yang lain. Betullah kata orang, walaupun keluar dari perut yang sama tapi kerenah mereka berbeza2. Kalau 2 anak yang dulu banyak diam je bila demam. Takde merengek, takde menangis sampai kita pun boleh menangis sama. Tapi kali ini nampaknya lain sangat. Dengan merengeknya pastu nak berdukung aje. Tak boleh ditinggalkan langsung.. Sabar ajelah.. Tapi saya bersyukur sebab Eman jarang demam. Dalam tahun ni pun boleh dikira dengan jari dia demam. Saya sangat2 bersyukur kepada Allah... Mungkin hikmah menyusukan juga dan saya sendiri tidak pernah culas dengan supplemen semata2 untuk kesihatan dia. Pada saya, apalah salahnya berbelanja lebih sedikit untuk membeli sup

KISAH HARI INI

Assalamualaikum.. Apa khabar rakan-rakan semua? Diharap semuanya baik-baik saja. Saya di sini nampaknya agak tidak cergas di pagi-pagi begini. Adik Eman demam pulak sejak semalam.. Sepatutnya hari ini saya akan bertolak ke utara. Ada kelas esok. Kepada yang masih belum tahu, saya sebenarnya sedang cuti belajar. Maknanya tidak lagi ke pejabat tetapi hanya menjalankan penyelidikan. Semester satu ini akan ke kampus setiap seminggu sekali untuk menghadiri kursus wajib bagi Master in Social Work.. Begitulah rutinnya... Tapi nampaknya saya takkan pergi ke kelas esok. Selain dari tak larat untuk memandu jauh dalam keadaan mengantuk ni, tak sampai hati juga untuk meninggalkan adik eman yang memang memerap setiap kali demam. Manjanya akan berpuluh kali ganda jadinya.. Kesian melihat dia begitu.. Saya selalu berfikir bahawa apa yang saya buat sekarang semata-mata mencari keredhaan Allah dan seterusnya mahu memberi yang terbaik untuk keluarga saya. Kalau boleh saya mahu menggembi

SEGALANYA UNTUK ANAK

Image
Meal Shakes Assalamualaikum semua... Apa khabar di pagi Jumaat yang penuh berkat ini? Semoga semuanya baik-baik saja hendaknya.. Minggu lepas saya menemui seorang ibu muda yang baru mempunyai anak berusia 2 tahun lebih. Keahiran anaknya itu adalah pramatang kerana sedikit masalah. Alhamdulillah anaknya sihat. Cuma ibu muda ini sering mengadu dengan kawan-kawan rapatnya mengenai anaknya yang sangat kurus dan tidak mahu makan. Bayangkan kalau dengan usia seperti itu, beratnya tak sampai 10 kg. Anak saya yang tak sampai 2 tahun pun sudah lebih 13 kg. Sehinggalah ibu muda ini bertemu dengan saya dan mahu mencuba meal shakes. Katanya dia mengetahui mengenainya daripada pembacaan di internet. Setelah bertanya serba sedikit, ibu muda ini pun membeli meal shakes dari saya.. Sehinggalah sebulan kemudian, ibu muda ini bertemu lg dengan saya dan mahu membeli satu lagi meal shakes. Saya gembira apabila dia dengan gembiranya bercerita mengenai anaknya yang sudah berselera makan. Kalau selama in

PROMO SEPTEMBER

Image
BELI 6 PERCUMA SATU!! HUBUNGI SAYA UNTUK MAKLUMAT LANJUT YA... LIZA 0164219053 

COLLAGEN POWDER

Image
Assalamualaikum... Kali ini saya membawa maklumat berkaitan collagen yang dipetik dari laman web rasmi Shaklee.. Untuk rasa lebih sihat, kulit lebih muda menawan Shaklee Collagen Powder merupakan suplemen kolagen hebat yang mengandungi 4,000mg proprietari RSS (Red Snapper Scale) Collagen, kolagen yang berkualiti tinggi dan tulen yang diekstrak daripada sisik ikan merah. Kolagen bermolekul sangat ringan Shaklee, kira-kira 1,000 Dalton*, dapat diserap dengan mudah oleh badan dan dapat membantu kepada peningkatan sintesis kolagen pada lapisan dermis dengan berkesan. Tujuh bahan utamanya termasuk, ekstrak biji benih Camellia japonica, ekstrak Pfaffia, kolagen ikan, ekstrak kerangkerangan, Lactobacillus acidophilus, vitamin C dan vitamin B yang digabungkan untuk meningkatkan keberkesanan kolagen RSS dan menyokong kecantikan anda dari dalam ke luaran. Shaklee Collagen Powder mudah larut dengan minuman dan makanan kegemaran anda. Setiap hidangan dipek di dalam satu uncang untu

COLLAGEN UNTUK KECANTIKAN

Assalamualaikum... Tentu ramai di kalangan anda yang tahu atau pernah mendengar tentang collagen kan? Kepada yang tidak tahu fungsi sebenar, sekurang-kurangnya tentu sinonim dengan kulit dan kecantikan. Apabila disebut pula tentang kecantikan, tentu ramai yang mahu lebih tahu...  Biasalah wanita memang mahu cantik kan? Shaklee telah mengeluarkan produk baru iaitu collagen powder (serbuk). Collagen Powder terbukti berkesan untuk: - Meningkatkan kelembapan kulit sehingga 90% - Mengurangkan kekasaran dan kekeringan sehingga 75% - Peningkatan dalam penampilan keseluruhan sehingga 71% - Meningkatkan kelembutan dan kelicinan sehingga 69% - Meningkatkan pemakaian kekal mekap sehingga 60% - Meningkatkan keanjalan, ketegangan & elastisiti sehingga 55% - Meningkatkan ketebalan rambut sehingga 54% - Meningkatkan keserian, tona & warna kulit sehingga 50% - Mengurangkan garis halus dan kedutan sehingga 18% Jadi, fungsi collagen adalah untuk:  MENGHIDRATKAN – Mele

SUDAH TENTUNYA ESP

Image
Assalamualaikum... Ramai yang terkejut apabila saya mengatakan yang saya masih menyusukan anak saya walaupun dia hanya beberapa hari saja lagi berusia 2 tahun. Bukan saya saja mengada-adakan cerita tetapi saya memang masih menyusukan dia. Malah kalau saya tak ada, eman akan mencari-cari nenen dia. :) Secara jujurnya saya sendiri macam tak percaya dapat menyusukan eman sampai sekarang. Kalau nak dilihat kepada sejarah anak-anak terdahulu, syafa menyusu sampai usia setahun saja lebih kurang. Adam pulak hanya eksklusif selama 2 bulan. Cukup-cukup untuk tempoh cuti bersalin. Tapi kali ini alhamdulillah... Saya yakin itu adalah rezeki yang Allah bagi. Saya sendiri tidak putus-putus berdoa agar rezeki itu berpanjangan setakat yang boleh. Tapi doa itu saya sertakan dengan usaha.. Apa yang saya buat? Saya makan supplement. Memang ada beberapa jenis supplemen yang saya makan (tetapi jenama Shaklee saja). Antaranya adalah Energising Soy Protein atau singkatnya ESP. Memang saya sangat kon

ELAKKAN PEMBUNUH DALAM DIAM

Image
Assalamualaikum... Bagaimana dengan sambutan hari raya anda semua? Tentu meriah kan? Sudah tentu tambah meriah sebab ada pelbagai jenis makanan yang ditemui yang biasanya hanya dilihat setahun sekali. Kalau bernasib baik boleh ditemui 2 tahun sekali iaitu pada hari raya Aidilfitri dan Aidiladha.. Dan sudah pastinya kita tidak akan melepaskan peluang untuk menjamah serba sedikit kerana sememangnya sebagai orang Melayu, tentu makanan2 itu merupakan kegemaran kita kan? Namun dalam keseronokan itu, adakah kita tau tentang kandungan bahan yang kita makan? Biasanya mentega, lemak, dan segala2 jenis bahan yang mengandungi kolestrol ada terdapat di dalam makanan itu. Biasalah.. Makanan Melayu memang penuh dengan lemak. Tapi itulah yang menyebabkan ia sedap kan? :) Sebaik-baiknya kita cuba elakkan untuk makan makanan seperti itu pada kadar yang banyak dan sekaligus. Taulah kita sudah berpuasa sebulan, takkan nak makan banyak selama sebulan pulak kan? Makan berpada-pada.  Sejak 2 t

SALAM SAYANG PEMBUKA BICARA

Assalamualaikum... Apa khabar semua friends yang tetap setia membaca blog saya ni? Nampaknya dah terlalu lama saya tidak menulis. Bukan tidak mahu tetapi tahun ni saya terlalu sibuk dengan tugas pejabat. Outstation pun dah melampau-lampau rasanya. Sampai tak balik ke rumah berminggu-minggu.  Tapi mulai minggu ni saya dah bercuti belajar. Jadi saya tak perlu ke pejabat lagi sehinggalah 2 tahun yang akan datang. InsyaAllah... Jadi mungkin saya akan mempunyai banyak waktu untuk menulis. Tambahan lagi saya akan menjalankan penyelidikan untuk mendapatkan master saya. So, bolehlah kalau saya belajar menulis dengan lebih baik lagi melalui penulisan di blog ini kan....  Entry ini akan menjadi pembuka bicara saya untuk kali ini... InsyaAllah saya akan menulis lagi berkaitan kisah saya bersama maklumat-maklumat berkaitan Shaklee.. Sudah tentunya supplement kesukaan saya.. Sehingga itu, salam sayang dari saya... Mama Liza 0164219053