KETAHUI MASALAH DAN PENYELESAIANNYA
"Apa patut
saya lakukan jika puting saya leper atau
tenggelam?”
Bermula
daripada penyusuan kali pertama,galakkan bayi untuk memasukkan
sebahagian besar mulutnya ke dalam payudara. Tarik keluar puting anda
sebelum mula menyusukan bayi dengan merangsangnya, menarik areola atau
menggunakan pengepam payudara
“Payudara saya bengkak,
keras dan ia menyakitkan saya. Apa yang berlaku?”
Payudara
bengkak memang perkara yang biasa berlaku 2 hingga 4 hari selepas
bersalin. Ini menandakan susu tidak mengalir keluar dengan betul.Bagi
mengatasi masalah ini, susukan bayi secara kerap dan gunakan jaram panas
atau suam ke atas payudara anda. Jika payudara masih rasa keras, perah
sedikit susu sebelum dan selepas menyusukan bayi. Namun begitu, usah
bazirkan susu ini; simpanlah untuk diberikan kepada bayi dalam tempoh 24
hingga 48 jam.
“Puting
saya pedih!”
Puting
rasa pedih mungkin disebabkan oleh posisi penyusuan yang tidak betul,
jangkitan , penggunaan pengepam payudara yang tidak betul dan
sebagainya. Untuk mendapat kepastian, bertanyalah kepada doktor.Pada
penyusuan yang berikutnya, pastikan posisi yang betul dan pastikan bayi
menghisap puting dan areola dengan betul. Mulakan penyusuan pada puting
yang kurang rasa pedih.Pakai pakaian yang longgar untuk memberi
ruang kepada puting terdedah kepada udara dan melegakan rasa pedih. Tukar
pelapik coli secara kerap dan gunakan pelindung puting untukmengelak
puting daripada bergesel dengan pakaian.Oleh kerana puting anda terlalu
sensitif pada waktu ini, elakkan daripada menggunakan sabun,krim atau
losen ke atas puting. Sebaliknya,sapukan sedikit perahan susu ke atas
putinguntuk membantu menyembuhkannya.
“Saya rasa saya mengalami
mastitis.”
Mastitis
berlaku apabila salur susu tersumbat menjadi jangkitan dan
menyebabkan simptom simptom seperti selsema. Segeralah berjumpa doktor.
Jika tidak dirawat, mastitis boleh menjadi abses yang memerlukan
pembedahan. Jangan berhenti menyusukan bayi. Sebaliknya,teruskan
penyusuan selagi mastitis tidak berterusan selama 3 hari atau lebih.
Malah, anda perlu lebih kerap menyusukan bayi. Pastikan posisi
penyusuan yang betul dan cara ‘melepaskan’ bayi dari payudara. Jika
inflamasi mengeluarkan nanah, susukan bayi pada payudara sebelah.
“Terdapat ketulan kecil, keras dan
sakit pada payudara. Ada yang tidak kena?”
Ini
bermakna salah satu salur susu anda tersumbat. Apa yang boleh anda
lakukan ialah mengurut perlahan-lahan ketulan tersebut ke bawah mengarah
ke puting sebelum dan ketika penyusuan. Letakkan tuala lembap, hangat
ke kawasan tersebut sebelum menyusukan bayi. Jika anda memerah susu,
elakkan dari menekan tisu-tisu payudara terlalu kuat. Juga pastikan
anda tidak memakai coli yang terlalu ketat.
Hubungi saya sekiranya mahukan maklumat lanjut ya..
Salam sayang.. Mama Liza
0164219053
Hubungi saya sekiranya mahukan maklumat lanjut ya..
Salam sayang.. Mama Liza
0164219053
Comments