7 Prinsip Makan Yang Baik Semasa Kehamilan


Assalamualaikum...

Apakata dalam entry kali ini kita berbicara tentang pemakanan bagi ibu-ibu dan bakal ibu? Tentu ada di kalangan pembaca yang akan mendapat manafaatnya kan?

Ada 7 perkara penting yang amat ditekankan dalam prinsip makan yang baik semasa ibu2 mengandung. 



1. UBAHLAH CARA MAKAN ANDA, MESKIPUN ANDA SUDAH MAKAN DENGAN BAIK

Sekiranya anda sedang hamil maka diet makanan anda harus mengikuti diet makan untuk ibu hamil. Pada masa ini, anda memerlukan lebih banyak protein, kalori (untuk energi), vitamin dan mineral seperti asid folic dan zat besi untuk perkembangan bayi anda juga. 


2. HINDARI MAKANAN YANG DAPAT MEMBAHAYAKAN IBU DAN JANIN

Elakkan daripada memakan daging dan telur mentah, keju, susu yang tidak dipastur,  alcohol, juga cafein.


3. JANGAN DIET SELAMA KEHAMILAN

Kehamilan bukan masa yang tepat untuk diet kerana anda hanya akan membahayakan diri sendiri dan bayi. Jangan terlalu ambil kisah dengan berat badan yang bertambah kerana sememangnya semasa hamil, berat anda akan berubah.  Diet selama hamil akan menyebabkan kurang vitamin, mineral dan lain-lain yang penting selama kehamilan. Pertambahan berat badan pada kehamilan merupakan salah satu tanda yang baik pada kehamilan yang sihat. Ibu hamil yang makan dengan baik akan bertambah berat badannya secara bertahap, umumnya akan melahirkan bayi yang sihat.

4. MAKAN DENGAN JUMLAH KECIL TAPI  KERAP

Pada trimester pertama biasanya terdapat keluhan mual muntah (morning sickness), cubalah atasi dengan makan dengan jumlah yang sedikit  tapi kerap, hindari makanan pedas dan berminyak.  Ingatlah meskipun anda tidak lapar tetapi bayi anda memerlukan  makanan/nutrisi secara teratur.

5. MAKAN VITAMIN SECARA TERATUR

Makanan yang anda makan adalah sumber vitamin yang paling baik—tetapi apakah anda yakin diet makanan anda cukup mengandung vitamin yang diperlukan selama kehamilan? Untuk itu anda sebaiknya makan vitamin anda secara teratur. Biasanya untuk ibu hamil bagi trimester pertama, amat digalakkan untuk mengamalkan
Vitalea/Multivitamin, B Complex, Vitamin C dan Ostematrix @ Calsium. Manakala untuk bulan2 seterusnya ditambah dengan Omega Guard.

6. MINUM AIR YANG CUKUP

8 gelas sehari. Kerana anda perlu  cairan yang cukup bagi anda dan juga bayi anda. 33 % pertambahan berat badan pada kehamilan adalah cairan. Cairan diperlukan  untuk membangun sel darah merah bayi untuk system sirkulasinya, cairan ketuban. Tubuh anda juga perlu air selama kehamilan untuk mengatasi komplikasi  dan mengatur suhu tubuh anda.

7. MAKANAN BERSERAT, BUAH-BUAHAN DAN SAYURAN

Perbanyaklah makan makanan yang berserat tinggi , buah-buahan dan sayuran.

Dengan melakukan cara makan yang sihat, bukan hanya membuat ibu hamil fit dan sihat, tapi juga membantu perkembangan yang sihat bagi bayi anda.

Ingatlah perkembangan bayi anda sangat bergantung  dari apa yang anda berikan dan lakukan baginya. Kalau anda sayangkan anak anda, tentu anda akan memberikan yang terbaik untuk mereka kan?


Hubungi saya untuk maklumat selanjutnya ya..

Salam sayang.. Mama Liza
0164219053



Comments

Popular posts from this blog

HOMESTAY BEST DI BENTA / KUALA LIPIS

HARI PERTAMA KE TASKA

ESP DAN OMEGA GUARD: MANA LEBIH BAGUS?