INDAH HATI, INDAHLAH DUNIA...
Assalamualaikum...
Apa kabar teman2 semua? Semoga sihat semuanya... Hari ini merupakan hari yang menggembirakan buat saya. Walaupun hari isnin yang merupakan hari yang biasanya tidak digemari oleh ramai orang, namun pada saya apa yang penting adalah daripada hati orang itu sendiri. Bak kata prof Hamka (penulis kegemaran saya), keindahan dunia dapat dilihat melalui hati orang itu sendiri. Kalau hatinya gembira, indah lah dunia tu. Sebaliknya kalau hatinya sedih maka dunia akan kelihatan suram sahaja. Maka dunia ini adalah sebaik2nya dilihat melalui hati dan bukannya dari mata semata2...
Oleh itu, saya melihat bahawa betapa pentingnya mengawal hati kita sendiri kerana dunia menjadi indah dan pahit melalui pandangan hati.. Begitulah juga cara mana orang melihat diri kita. Bersih hati kita, indahlah juga cara gaya yang kita paparkan dan senanglah orang dengan kita...
Bagaimana membersihkan hati? Banyak cara sebenarnya dan antara yang penting adalah melihat sesuatu melalui sudut pandangan yang positif...
Itulah yang saya cuba selalu tekankan dalam diri saya sendiri. Melihat sesuatu dengan pandangan yang baik.... Orang kata, sekiranya kita hanya melihat sesuatu yang negatif, maka negatif lah jadinya ia. Begitu juga sebaliknya.... Betulkan?
Setakat ini saja untuk kali ini.. Sebenarnya saya sedang dalam kelas QA1 di INTAN.... :)))
Salam sayang... Liza

Comments