ANAKKU SEMANGATKU
Assalamualaikum...
Sejak kebelakangan ini keadaan saya tidak begitu sihat. Mungkin kerana saya agak sibuk ditambah lagi dengan jadual outstation yang padat serta cuaca yang tidak menentu.. Anak-anak pun begitu juga.. Si kecil Eman pun baru saja sembuh daripada demam dan batuk.. Alhamdulillah sekarang sudah sihat sepenuhnya...
Sepanjang minggu lepas saya mengambil kesempatan outstation dengan membawa bersama keluarga.. Sementelah cuti perayaan Depavali, maka saya tidak mengabaikan begitu saja peluang itu.. Mula-mula kami ke Kelantan, sambil-sambil singgah di rumah mertua dan menyambung perjalanan ke Terengganu melalui jalan pantai. Cantiknya pemandangan. Walaupun cuaca tidak menentu, kadangkala cerah kadangkala hujan namun sempat juga saya shoping di Kota Bharu dan Pasar Payang serta makan-makan di Batu Buruk. Kami juga tidak melepaskan keseronokan bersiar-siar di pantai serta anak-anak bermandi manda di kolam renang hotel.
Saat itu saya merasa amat gembira kerana sambil bekerja saya masih boleh bersama-sama dengan anak-anak. Apa yang penting sekali saya dapat menyusukan Eman seperti biasa.
Saya terfikir, alangkah bagusnya kalau saya dapat bekerja dan pada masa yang sama dapat menjaga anak-anak serta melihat mereka membesar. Tetapi kalau dengan pekerjaan sekarang
sudah pasti ia tidak akan menjadi kenyataan. Saya pergi kerja jam 6.30 pagi dan balik paling awalpun jam 6 petang. Itulah rutin setiap hari. Merungut? Nak buat macamana... Itulah punca rezeki saya sekarang...
Semalam saya menghadiri Euphoria Shaklee Group Training bersama ramai lagi pengedar Shaklee. Dari situ saya mengetahui lebih lanjut mengenai produk ini dan bagaimana khasiatnya. Dan yang paling indah apabila ada (ramai sebenarnya) di antara mereka yang menjana pendapatan lumayan melalui Shaklee!! Saya seolah-olah baru tersedar bahawa perniagaan ini sangat memberi kebaikan selain daripada ia sangat berkesan walaupun lambat.
Saya berbual-bual dengan rakan sebelah saya. Rupanya beliau baru setahun menjalankan perniagaan online Shaklee dan menjana pendapatan lebih RM6000 sebulan. Apa yang lebih utama, beliau sanggup berhenti kerja kerana di samping pendapatan yang lumayan, beliau dapat menjaga anaknya sendiri. Sekarang anak kecilnya sudah berusia setahun enam bulan dan masih breastfeeding...
Oh! Itu baru cerita seorang rakan... Bagaimana pula dengan seorang lagi yang sanggup berhenti kerja dengan syarikat Petronas kerana mendapat RM30 ribu sebulan hanya dengan perniagaan online Shaklee??
Saat itu saya seolah-olah mendapat suatu semangat baru. Inilah yang dikatakan Rasul kita, 9 daripada 10 punca rezeki datangnya daripada perniagaan. Kelebihan kepada kaum ibu kerana sambil menjaga anak-anak dan rumahtangga di rumah, masih berupaya menjana pendapatan sendiri.. Dan pendapatan itu tinggi pula.
InsyaAllah... Saya memohon kelapangan agar mampu merealisasikan hasrat ini. Bagi saya, anak-anak dan suami adalah segalanya.. Saya akan berusaha menggembirakan semuanya....
Terima kasih kepada puan Norita Mohd Idris atas nasihat dan tunjuk ajar......
Salam sayang, Mama Liza
0164219053

Comments