Posts

Showing posts from June, 2012

PENYUSUAN DI KALA BERPUASA

Assalamualaikum... Lama sudah saya tidak update blog  kesayangan saya ni. Walaupun begitu, saya amat menghargai kesetiaan anda semua yang tetap sudi menatap baris2 ayat yang saya catitkan sebelum ini... Buat masa ini saya amat sibuk dengan tugas2 ofis. Perlu berkejar2 ke sana ke mari semata2 untuk menghabiskan tugas yang belum selesai memandangkan saya akan mula cuti belajar pada bulan September insyaAllah... Saya berdoa agar semuanya akan dipermudahkan... Nampaknya kita sudah semakin dekat dengan bulan Ramadhan. Melalui pengalaman melalui hari2 berpuasa sebelum ini, saya rasa kali ini pun mungkin tidak akan timbul sebarang masalah. Mudah2an.. Baby saya pun sudah hampir setahun sembilan bulan. Dan pada bulan puasa nanti akan menghampiri setahun 10 bulan. Dah besar dia rupanya. Hmmm... saya masih menyusukan dia ya.. :)) Untuk ibu2 di luar sana, usah risau sekiranya anda tetap mahu menyusukan baby anda pada bulan puasa nanti di samping melakukan ibadah berpuasa. Ada caranya.. Ber

KETAHUI MASALAH DAN PENYELESAIANNYA

"Apa patut saya lakukan jika puting saya leper atau tenggelam?” Bermula daripada penyusuan kali pertama,galakkan bayi untuk memasukkan sebahagian besar mulutnya ke dalam payudara. Tarik keluar puting anda sebelum mula menyusukan bayi dengan merangsangnya, menarik areola atau menggunakan pengepam payudara “ Payudara saya bengkak, keras dan ia menyakitkan saya. Apa yang berlaku?” Payudara bengkak memang perkara yang biasa berlaku 2 hingga 4 hari selepas bersalin. Ini menandakan susu tidak mengalir keluar dengan betul.Bagi mengatasi masalah ini, susukan bayi secara kerap dan gunakan jaram panas atau suam ke atas payudara anda. Jika payudara masih rasa keras, perah sedikit susu sebelum dan selepas menyusukan bayi. Namun begitu, usah bazirkan susu ini; simpanlah untuk diberikan kepada bayi dalam tempoh 24 hingga 48 jam. “Puting saya pedih!”  Puting rasa pedih mungkin disebabkan oleh posisi penyusuan yang tidak betul, jangkita

FAHAMI KESELAMATAN BAYI ANDA

Assalamualaikum... Apakata kali ini kita berkongsi tentang maklumat berkaitan kesihatan dan keselamatan anak anda... Kadangkala kita tidak sedar ada beberapa perkara yang menjadi kebiasaan tetapi membahayakan anak anda. Mungkin maklumat ini  berguna apabila sampai masanya... Kematian bayi secara mengejut atau dikenali sebagai Sudden Infant Death Syndrome – SIDS banyak berlaku kepada bayi berusia di bawah setahun. Mengikut statistik di negara Barat,lebih 90 peratus kes SIDS berlaku kepada bayi berusia di bawah tujuh bulan. Lazimnya, setiap kes SIDS berlaku kepada bayi yang sebelumnya sihat dan tanpa disangka, mereka ditemui mati di tempat tidur. Selain masalah kesihatan yang dialami oleh bayi, kelalaian ibu bapa antara penyumbang kemalangan ini. Sudah tentu kes ini sangat menyedihkan ibu bapa. Jadi, sebelum sesuatu berlaku, lebih baik anda mengambil langkah berjaga-jaga. Bagi ibu yang tidur bersama bayi, berhati-hati kerana si kecil ini boleh lemas ketika anda menyusukan mer

TIPS MEMILIH SET PENYUSUAN

Assalamualaikum... Bertemu lagi kita di alam maya ini. Nampaknya sudah terlalu lama saya tidak menulis di blog kesayangan saya ini. Maklumlah jadual kerja amat padat hingga terasa bagai tak cukup kaki nak melangkah...  Berberapa orang customer bertanyakan saya mengenai set2 penyusuan yang sesuai untuk mereka. Biasanya saya akan menjawab setakat yang terdaya tapi kali ini saya berkesempatan untuk mengintai2 maklumat lengkap berkaitan set penyusuan Shaklee.. Semestinya Shaklee la kan.... Jadi bagaimana mahu memilih set penyusuan yang sesuai? Tentunya ia amat berkaitan dengan keadaan diri anda dan anak-anak anda.. Set 3M* Terdiri daripada Vitalea, B complex, Vitamin C, Alfalfa, Ostematrix dan ESP. Siapa yang disarankan mendapatkan set ini? 1. Ibu kepada bayi kembar 2. Ibu yang ingin melakukan induce lactation atau yang mahu menyambung semula penyusuan yang terhenti @ relaktasi. 3. Ibu yang nak kumpul stok. 4. Ibu yang mempunyai masalah berat badan anak tidak meningkat tetapi