ANAKKU SEMANGATKU
Assalamualaikum... Sejak kebelakangan ini keadaan saya tidak begitu sihat. Mungkin kerana saya agak sibuk ditambah lagi dengan jadual outstation yang padat serta cuaca yang tidak menentu.. Anak-anak pun begitu juga.. Si kecil Eman pun baru saja sembuh daripada demam dan batuk.. Alhamdulillah sekarang sudah sihat sepenuhnya... Sepanjang minggu lepas saya mengambil kesempatan outstation dengan membawa bersama keluarga.. Sementelah cuti perayaan Depavali, maka saya tidak mengabaikan begitu saja peluang itu.. Mula-mula kami ke Kelantan, sambil-sambil singgah di rumah mertua dan menyambung perjalanan ke Terengganu melalui jalan pantai. Cantiknya pemandangan. Walaupun cuaca tidak menentu, kadangkala cerah kadangkala hujan namun sempat juga saya shoping di Kota Bharu dan Pasar Payang serta makan-makan di Batu Buruk. Kami juga tidak melepaskan keseronokan bersiar-siar di pantai serta anak-anak bermandi manda di kolam renang hotel. Saat itu saya merasa amat gembira kerana sambil bekerja