HANYA UNTUK ANAK MAMA SAYANG
Sedar tak sedar dah 4 bulan lebih usia Ryan si anak mama yang comel dan baik. Kejap je rasanya. Tambahan lagi sekarang Ryan dan pandai meniarap. Macam geram je tengok dia meniarap sambil gelak2. Hmm.. nikmat seorang ibu yang memang sukar nak digambarkan dengan kata2. Saya pun tak lama lagi akan mula bekerja selepas 27 bulan cuti belajar. Alhamdulillah sekurang2nya dapat melihat Eman membesar didepan mata. 4 anak, hanya Eman je yang saya jaga sendiri dalam tempoh yang lama. Yang lain terpaksa dihantar ke nursery. Nampaknya Ryan pun terpaksa saya hantar ke nursery juga nanti. Takpa lah.. Tuntutan commitment hidup menyebabkan saya perlu bekerja. Tapi saya akan cuba memberi yang terbaik sekali untuk anak2 saya.. Selama ni pun saya tetap bersama anak2 walaupun keluar bekerja melaui perasaan ibu anak. Ye lah..saya kan menyusukan anak2 walaupun bekerja. Aktiviti mengepam susu memang tetap saya lakukan. Kadang2 bila meeting pun saya tetap commit utk mengepam. Bukan lama pun.. 10 minit j