KURNIAAN ALLAH UNTUK SAYA
Assalamualaikum semua... lama saya tak menulis di blog ni kan. Hmmm... bukannya apa.. kesihatan tak begitu mengizinkan. Maklum la dah sarat sangat. Bila badan tak selesa, mood dah bercerita pun jadi kurang la sikit. Tapi sekarang saya dah kembali ada mood.. kesihatan pun dah semakin baik.. hehe Apa cerita yang saya nak kongsikan? Apa lagi... tentang saya la dulu kan? Hmm... Tanggal 18 jun 2014 yang lepas, bersamaan hari rabu, saya telah selamat melahirkan seorang bayi lelaki secara normal. Takde ceaser2 kali ni. Alhamdulillah. Walaupun risiko ceaser tu disebut2 semasa belum bersalin, tapsaya nekad untuk mencuba bersalin secara normal. Tak sanggup saya di potong perut sekali lagi. Apa pun risikonya, saya faham dan terima. Tapi kuasa Allah mengatasi segalanya. Saya mampu bersalin normal dengan hanya merasa sakit bersalin lebih kurang 4 jam je. Itupun yang 2 jam tu sakit tak berapa sakit sangat. Yang betul2 sakit 2 jam je. Syukur sangat saya rasa... Saya bersalin di hospital kerajaan