SALAM TAHUN BARU HIJRAH
Assalamualaikum... Sudah agak lama nampaknya saya tidak menulis di blog ini. Sejak seminggu yang lepas saya agak sibuk dengan pelbagai perkara di dalam suasana baru. Saya akan berada di dalam suasana baru itu agak lama juga nantinya... Hmmmm... Apa salahnya berhijrah kan? Sempena tahun hijrah yang baru ini, biasanya ramai orang yang menanam azam baru dan semangat baru untuk merealisasikan azam baru itu.. Pada saya, bila-bila pun boleh menanam azam. Tidak semata-mata pada tahun baru saja. Yang penting adalah bagaimana cara kita berusaha untuk mencapai azam itu. Saya sendiri sebenarnya telah lama tidak mempunyai azam. Bukan kerana tidak bersemangat untuk menghadapi tahun yang baru tetapi apa yang saya lalui sebenarnya sentiasa mencabar kekuatan diri yang menyebabkan saya sentiasa berazam untuk melalui apa jua... Tapi kali ini mungkin berbeza sedikit kehidupan saya.... Maka oleh itu saya mahu menanam azam yang baru... Apakah ia? Hmmmmm.... Biar saya simpan saja di dalam hati. Apa y